Monday 28 December 2015

Pola kain kipas belakang

Assalamualaikum.. rupanya jenuh juga nak dapatkan masa untuk berblog ni yer.. sambil-sambil menjahit, saya cuba sedaya upaya saya untuk mengemaskini blog ni supaya yang sunyi sepi..

Suatu malam saya dapat sms daripada kakak ipar, bagi tahu anak saudara saya terpilih untuk jadi pengawas di sekolah.. disebab kan anak saudara saya tu bersaiz XL, makanya kain pengawas yang berkipas belakang tidak ada dijual dimana-mana.. dek kerana itu saya ditugaskan untuk membuat kain kipas belakang untuk dipakai di sekolah nanti..

Alkisahnya.. saya nak berkongsi bagaimana cara saya membuat kain kipas belakang ni..


4) cantum 2 bahagian kain B, kiri dan kanan.. mulakan jahitan 8" daripada pinggang untuk kemasan zip.. jahit lebihkan 1" daripada paras lipatan kain @ kipas kain..

5) pasang zip pada kain B macam biasa

6) susun lipatan kain kiri dan kanan, dan peniti kan

7) jahit 3 segi pada bahagian tengah lipatan kain @ kipas kain

8) matikan jahitan pada kiri dan kanan lipatan kain @ kipas kain

9) jahit lurus pada bahagian dalam lipatan kain untuk memudahkan kerja-kerja menggosok nanti

10) cantum kain A & B..

11) kelim 1/2" kain bawah

12) kain yang dah siap cantum depan dan belakang di lipat 2 kali dan tandakan tempat (snip) untuk dart dikain

13) jahit dart 4 tempat

14) pasang pinggang kain..nanti saya update cara nak pasang pinggang di lain entri..

15) pasang cangkok di belakang kain

16) dah siap..

So, selamat mencuba untuk anda-anda semua..

Zarinah Saat
018-2204 258

Thursday 17 December 2015

Princess Dress

Assalamualaikum.. lama nya tak bersiaran dari pondok ni kan.. biasa lah.. hujung-hujung tahun.. banyak yang nak kena selesaikan.. baik apa sekalipun..

Entri kali ini, pon saya tak nak cakap banyak.. apa yang saya nak bagi tahu ialah.. dimana ada gigirl, disitu ada princess dress..

Perasan tak.. ada persamaan pada kain songket Sarawak tu kan.. Ha.. kalau nak tau, princess dress yang saya buat untuk anak dara saya tu datangnya dari kain duyung.. ada sikit kain lebihan, customer tak nak bawa balik.. saya pun apa lagi.. dalam kekalutan nak menyiap kan tempahan lain, saya pun apa lagi.. zass jer lah..

Princess dress biasanya dipotong pada 1" atas daripada bahagian pinggang.. bergantung kepada saiz badan kepada yang dewasa.. untuk kanak-kanak, saya memang potong badan baju mengikut kaedah itu.. kainnya pula dipotong dengan kaedah separa bulat dan mempunyai sambungan dibahagian belakang baju...

Ada tambahan zip sorok dibelakang dress untuk memudahkan pemakaian.. paham-paham jer lah kan... budak-budak ni kurang sabar sikit.. nak-nak lagi kalau dapat pakaian baru yang fresh dari pondok jahitan mama dia ni.. hehehe...

Untuk entri berikut saya akan berikan pola berserta ukuran untuk pricess dress ni yer.. Insya Allah..

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh lah wassap saya.. 018-2204 258..

Sekian, terima kasih. Sampai ketemu di entri selanjutnya kay..


Thursday 29 October 2015

Jom mempola kain/skirt 6 panel

Assalamualaikum semua.. lama juga saya menyepi dari berbloging ni.. tidak lah sesibuk mana pun.. cuma saya dalam peralihan tempat menjahit.. sebelum ni semua jahitan saya buat di rumah tapi disebabkan beberapa faktor kosentrasi dan yang lainnya (almaklum anak ramai..) maka keadaan memaksa saya untuk memindah premis jahitan.. Tak jauh mana pun lokasi baru ni..

Dalam kekalutan pemindahan ni, alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mengikuti beberapa kelas jahitan.. yang dibuat oleh seorang hamba Allah yang boleh saya anggap sebagai mentor.. Sifu Gan Alma Daud.. banyak ilmu, tips dan skill yang saya perolehi daripada dia.. sesungguhnya dia adalah seorang insan yang penuh dengan sifat rendah diri dan suka memberi ilmu.. terserah pada kita untuk bagaimana menerima setiap ilmu tersebut..

Ok.. dah siap promote pasal sifu saya tadi kan.. now kita come back to the point..

Dikesempatan ini, saya nak belanja cara mudah nak buat pola kain/skirt 6 panel.. patern kain yang tengah top meletop sekarang ni kan.. orang cakap tengah musim.. nak dijadikan cerita, sebelum ini, saya membuat kain/skirt 6 panel ini dengan teknik gigi buaya..ternyata cara mempola ini adalah cara yang paling mudah dan pantas..jom mentelaah caranya..


Selamat mencuba semua..

Tuesday 6 October 2015

Kemasan jahitan baby seam pada hujung shawl

Assalamualaikum semua.. lama sungguh tak menjenguk pondok teman nih.. naseb tak berkulat ek.. heheheh.. Kebetulan membantu satu hamba Allah untuk menghasilkan jahitan baby seam pada hujung shawl, saya pun ambil kesempatan untuk update blog ni sekali..

Kemasan jahitan baby seam ni sekarang ni memang tengah top.. berbanding kemasan dengan jahit tepi halus, pemakai sekarang lebih suka memakai shawl dengan jahitan baby seam nih.. nampak lebih exclusive gitu.. 

Harga upah untuk kemasan baby seam ini bergantung kepada tailor itu sendiri.. Tailor akan ambil upah sekitar RM3.00 hingga RM5.00 untuk shawl sepanjang 1.8 meter hingga 2 meter.. bergantung juga pada tempahan pukal ataupun bukan..

Kebanyakan daripada kita memang ada masalah kekemasan pada bucu shawl kan.. kadang-kadang sampai stress dibuatnya.. belom lagi stress nak tetas jahitan bagai kan..

Ok, untuk entri kali ini, saya nak tunjukkan cara kemasan jahitan baby seam pada hujung atau pun bucu shawl..Perlu saya bagi tahu, saya ini bukan lah pakar.. hanya sekadar berkongsi dengan anda-anda semua.. ingat yer.. practise make perfect...  

Pada anda yang sudi menyinggah pondok saya ni, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak..  hanya ada sedikit ilmu untuk dihidangkan.. semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua..

Thursday 27 August 2015

Melakar pola tangan

Assalamualaikum.. semoga ceria di hujung bulan yer.. taknak sedih sedu tau..

Hari tu saya ada bagi cara nak melakar pola badan kan.. ok, hari ni saya belanja cara nak melakar pola tangan pula..

Take a look yer semua.. bye..

Wednesday 26 August 2015

Blouse untuk si manja

Assalamualaikum semua.. lama tak jenguk blog ni.. rindu terasa rindu.. hari ni ada kesempatan sikit, boleh lah saya update entri..

Kali ni nak story pasal blouse untuk si manja lak.. budak-budak kalau dipakai kan blouse, memang comel.. geram nengok nya kan.. alkisah suatu hari yang blur, maka terhasil lah blouse dari kain cotton ni..

Kalau dalam pasaran baju kanak-kanak yang dibuat daripada fabrik cotton ni, range harga memang tak boleh nk tahan.. setakat anak seorang, ok lagi.. kalau dh gugurl sampai 4-5 orang.. hurmm.. pikir 2 kali nak membelinya..

Patern baju ni, saya folow patern yang tengah viral sekarang ni.. saya namakan 'blouse tangan congek"..  heheh.. nama asal, saya tak pasti.. bahagian belakang saya belah dalam 4" dan finishing dengan butang ketip.. kemasan leher pakai piping dari kain yang sama..

Potongan badan standard.. ukuran tangan yang tercongek tu saya ambil kelebaran sebanyak 2.5", panjang sebanyak 8" dan kedutan 7" (ukuran bersih)..

Lepas lah setakat nk menanyang masa balik kampung.. kalau nk beli pon mau sampai rm40.00.. nak-nak lagi yang ada jenama..

Ok semua.. Sekian untuk kali ini.. selamat membaca.. siapa yang ada kesempatan, jom try buat blouse tangan congek ni untuk si manja anda..


Thursday 13 August 2015

Blouse Cik Gayah

Assalamualaikum.. alhamdulillah ketemu lagi kita semua dalam blog yang serba kekurangan ni kan.. harapan untuk kalian agar semuanya sihat sejahtera dan bahagia..

Hari ni takda tutorial mahupun tips dari saya.. tapi saya nk belanja blouse custome made dari pondok jahitan saya.. hihihi.. dashat tak.. dalam pondok ada mesen jahit bagai tau.. bukan sebarang pondok ni.. diam tak diam dah keluar blouse..

Blouse ni saya bagi nama Blouse Cik Gayah.. entah kenapa ek saya bagi nama gitu.. spontan lak keluar dari benak pikiran ni.. tak pelah.. apa-apa nama pun tak kisah kan.. asalkan sedap mata memandang, sedap lagi badan memakai.. cewah.. macam kena jer..

Blouse ni saya buat standard saiz.. tapi boleh pakai sampai saiz L..  dengan cutting yang longgar dan potongan tangan yang terbelah dihujung membuatkan si pemakai nampak sopan dan elegant.. perghh.. nak-nak lagi kalau pakai satu set dengan songket sarawak kan.. memang ke langit lah.. tapi perlu diingat yer.. blouse ni adalah daripada material chiffon georgette dan bersifat agak transparent.. so, untuk mengelakkan fitnah dan yang seumpamanya, pemakaian inner adalah diwajibkan..

Ok.. boh2 lah dok bober nya (bahasa kelantan).. Jom kita layan gambar blouse cik gayah ni.. Siapa2 yang nak saya jahitkan blouse cik gayah ni, boleh lah contact saya..  yang mana pemalu tu, boleh je nak wasap.. anda juga boleh dapatkan koleksi songket sarawak daripada Puan Hamidah Burham (016-3385790)..

Zarinah Saat
(018-2204258)

Tuesday 11 August 2015

Cara melakar pola badan

Assalamualaikum semua.. lama jugak tak update blog ni.. almaklumlah.. sedikit sibuk dengan urusan keluarga..

Ok, hari ni saya nk belanja kakak-kakak dan adik-adik semua cara saya melakar pola untuk badan.. kesempatan lain sy belanja cara melakar pola tangan pula yer..

Berikut adalah ukuran badan:
Bahu (B) : 16"/2=8"
Ketiak (K) : 18/2=9"

Bahu ke dada (BP) : 15"

Dada (DD) : 42"/4=10.5"
Pinggang (P) : 40"/4=10"
Punggung (PU) : 50"/4=12.5"

Labuh dres/baju : 30"

Selamat melakar pola semua..

Tuesday 4 August 2015

Kejadian Tudung Samarinda

Assalamualaikum semua.. salam rabu untuk anda..

Untuk hari ni saya nak bercerita tentang kejadian Tudung Samarinda.. Tak ada apa yang menarik pun pasal tudung ni.. biasa-biasa sahaja.. mempunyai 2 layer.. dengan fabrik chiffon yang sama (versis cerutti).. full cap awning dan juga deretan butang bungkus bersaiz comel dihadapan tudung..

Originally  nya Tudung Samarinda ini ialah dengan menggunakan layer yang sama warna dan padanan full cap awning dengan butang bungkus.. dan kemudiannya diolah mengikut citarasa pemakai yang lebih menggemarkan 2 ton warna..

Untuk kelainan, pada aksesori hadapan tudung, saya telah menggantikan deretan butang bungkus dengan manik pearl dimana saya dan pemakai lebih mengenali tudung ini sebagai Tudung Samarinda Lipan..

Dan kali ini, untuk tampil sedikit berbeza saya memberikan perincian batu tampal dmc diatas butang yang dibalut dengan chiffon plain.. maka jadi lah ia sebagai Tudung Samarinda Diamond.. Ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu saiz M dan juga L.. Tak kira lah apa jua nama pada tudung ini, yang pastinya akan memberikan anda keselesaan bertudung.. belum cuba, memanglah tak tahu kan.. hehehe..

Berikut adalah butiran untuk Tudung Samarinda ini :-

1) Saiz M : Labuh dari muka +-13" (ukuran muka 12")
    Harga : RM40-00

2) Saiz L : Labuh dari muka +-15" (ukuran muka 12")
    Harga : RM48-00

Tudung Samarinda Diamond

Tudung Samarinda Lipan


Tudung Samarinda (Original/Basic)




Tudung Samarinda 2 Tone

Untuk anda yang berminat dengan Tudung Samarinda ni, anda boleh lah menghubungi saya, Zarinah Saat (018-2204 258).. Saya juga ada membuka tempahan untuk borong..

Terima kasih..

Monday 3 August 2015

Full Cap Awning Chiffon

Hai ladies.. Assalamualaikum semua.. Setakat 18 Syawal ni mesti dah anda semua dah banyak attend open house kan.. hurmm... best nya dapat makan macam-macam kan.. sedap-sedap lak semua tuh.. wow.. bisa membuat air liur menitik ni..

Ada kesempatan hari ni saya nak share cara saya buat full cap awning dengan menggunakan kain chiffon.. jom kita gali..

Mula-mula, macam biasa lah kan.. sediakan barang.. apa yang kita perlukan ialah : perca chiffon dan kain tefetta secukupnya (kalau tefetta tak ada, boleh juga guna thai silk sebagai kain lapik dalam), bakrum ikot saiz pola awning, pensel penanda/kapur..

Cara-caranya :

1) Gosok kain tefetta, lipat kepada 2 bahagian dan gosok lagi sekali sampai
garisan tengah jelas kelihatan.. gosok juga kain chiffon supaya nampak kemas dan
senang untuk dijahit dan dicantum..


2) Buka kain tefetta dan letakkan kain chiffon diatas garisan tengah tefetta.. jahit lurus sampai hujung.. jarakkan dalam 1/2" jahitan daripada garisan tengah..


3) Terbalikkan kain chiffon dan gosok untuk kemasan terutamanya pada bahagian garisan tengah..







4) Dalam keadaan kain chiffon dibawah, letakkan bakrum (awning) ke atas kain tefetta.. pastikan garisan panjang bakrum diletakkan sama pada garisan tengah tefetta tadi yer.. gosok sampai bakrum betul-betul melekat pada kain..





5) Lipatkan kain chiffon pada kedudukan seperti dalam gambar.. dah teruskan menggosok untuk kemasan maksimum pada line tengah..







6) Trim lebihan kain dalam 1" daripada garisan bakrum.. jahit lurus pada lengkungan barum.. pastikan kain chiffon ditarik sedikit semasa menjahit supaya regangan diatas awning sekatadan tidak berkedut..

7) Trim lagi lebihan kain.. jangan sampai ter trim pada jahitan yer..

8) Tandakan titik tengah awning


9) Full cap awning chiffon telah ready untuk dicantum pada body tudung..

Ok semua.. selamat memanfaatkan ilmu yer.. sharing is caring..

Zarinah Saat
(018-2204 258)

Tuesday 28 July 2015

Antara 2 daerah (lycra & cotton lycra)

Assalamualaikum dunia.. hai semua.. sihat kah adik kakak semua?.. hopefully ok lah kan.. semalam dok cerita pasal petua nak cantik engan cara paling jimat kan.. so hari ni nak cakap pasal antara 2 daerah pulak.. yang hari tu punya 2 darjat.. macam-macam lah saya ni kan..

Daerah means dekat-dekat jer.. tak jauh beza pun.. cakap pasal fabrik lycra dengan cotton lycra ni, struktur fabrik hampir sama.. keduanya pun bersifat memeri.. juga mempunyai tahap kualiti yang berbeza..cotton lycra banyak digunakan untuk menghasilkan t-shirt dan juga sangat sesuai untuk dibuat blouse..

Untuk kali ini, buat julung kalinya saya menggabungkan lycra printed dengan cotton lycra.. masih tidak menghampakan.. tak nak cakap banyak, yang penting hasilnya cukup membuatkan saya happy.. take a look yer semua..

Zarinah
(018-2204 258)


Masker paling jimat..

Haii semua.. Assalamulaikum.. salam 12 syawal pada korang semua ek.. penat seharian beraya rumah saudara.. attend open house sana sini.. mesti muka pun dah tak berapa nak caro kan (kecek kelantan)..

ok, hari ni saya taknak cerita pasal jahitan tapi saya nak share sikit petua kecantikan yang saya sendiri guna dari anak dara lagi.. masker paling jimat di alam semesta.. modal hanya 40 sen sahaja.. pakai telur putih ayam ajer..kalau yang ada bela ayam tu, tak payah beli dah.. ambil jer telur kat reban.. dah super duper jimat dah kan..


Kalau korang nak tahu, telur putih ni banyak manfaatnya tau.. selain tidak mengandungi lemak, telur putih juga banyak kandungan protin.. anak-anak saya sendiri pun suka makan telur putih berbanding telur kuning..

Masker jimat ni selalunya saya buat sebulan sekali jer.. lepas penat menjahit, sebelum tidor saya cuci muka dan pakai masker.. bangun esok pagi, peel it.. pergh.. masa ni korang boleh tengok white head, black head terpacak-pacak kat masker ni.. korang boleh rasa muka korang soft and moisture jer.. nak pergi kerja pun muka rasa fresh jer.. bila rasa fresh, semangat nak bekerja baru lah ada kan..

Caranya senang bangat deh.. (dah indon pulak dah..) pecah kan telur.. ambil yang putih sahaja yer.. then apply jer terus pada muka pakai berus.. kalau berus tak ada, pakai tangan jer.. ratakan pada muka kecuali kawasan mata dan mulut.. mudah jer kan..

Selamat encuba masker paling jimat semua..

*Gambar dari mr google

Friday 24 July 2015

Simple tutorial untuk legging si manja

Halooo darlings semua.. Assalamualaikum..

Hari ni saya nak bagi simple tutorial macam mana nak buat legging untuk anak-anak gurgurl kita.. nampak comel jer kalau budak-budak pakai kan.. nak-nak pula kalau baby tu chubby dan bam bam.. iskh.. rasa nak kitai-kitai jer.. huhuhu.. kesian baby yang tak berdosa tu kan..





Ok, tanpa lengah masa lagi korang-korang semua boleh siap kan barang-barang.. apa yang kita perlukan ialah kain secukup saiz (saya suka pakai lycra cotton).. getah seluar (1/2 inci), benang ikut kaler kain, dan sedikit aksesori (saya gunakan dmc batu tampal).. kalau nak letak riben pun boleh.. asalkan nampak comel.. dan akhir sekali pola legging.. pola boleh ukur saiz kaki anak korang.. ikot keselesaan.. nak besarkan ker atau nak buat loose sikit ker, boleh ikut suka..

Cara-caranya :-
1. Lipat kain 2 lapis. Pastikan ira kain yang memeri pada keadaan melintang yer..
2. Letakkan pola diatas kain dan potong. Make sure ada basi kain tau..
3. Kelim basi pada kedua-dua bawah legging
4. Cantum dan jahit pada bahagian 'y1' dan 'y2'
5. Pada posisi kain yang sama (terbalik/belah dalam), cantum dan jahitkan bahagian 'x'
6. Letakkan getah pada bahagian pinggang
7. Boleh lah letakkan aksesori..
8. Ready di pakai oleh si manja anda..


Selamat melegging semua..

Zarinah Saat
018-2204258

Wednesday 22 July 2015

Antara 2 darjat (lycra & songket)

Hi semua.. Assalamualaikum dan selamat pagi.. pagi ni rasa macam free untuk menaip.. so, terhasil lah entri antara 2 darjat nih.. bukan apa pun.. just nak cerita darjat antara lycra plain dan jugak songket sarawak..

Ramai orang tahu yang fabrik lycra plain ni sesuai buat tudung jer.. buat jubah pun boleh juga tidak digalakkan.. boleh mengundang fitnah.. hurmmm... nak terangkan secara terperinci, nanti dah masuk bab lain pula kan.. then ada orang kata kain lycra ni memang tak sesuai nak digandingkan dengan mana-mana fabrik lain.. yer ker?..

Songket Sarawak pula, mewah dengan tekapan emas pada fabrik cotton nya yang lembut.. tambah pula dengan kemasan corak bermotifkan negeri bumi kenyalang itu sendiri.. memang tak tally lah kalau nak di combine kan dengan lycra plain kan... sadis nya..

So, untuk menyama darjatkan kedua-dua fabrik ni, saya telah combine kan lycra dan juga songket Sarawak ni tadi.. dan.. ini lah hasilnya.. memang impressed.. tak sangka lycra plain dan songket sarawak ni memang serasi bersama.. tak percaya? cuba lah.. anda mesti setuju dengan saya.. happy trying..

Manfaat kain perca/ lebihan kain

Assalamualaikum semua.. lama juga yer sy bercuti.. Alhamdulillah tempahan raya berjaya disiapkan on time.. walaupun ada delivery on pagi raya tu.. hehehe.. nasib baik kakak ipar dok sebelah rumah jer.. kalau jauh, tak berbaju raya lah gamaknya.. masih ada beberapa helai tudung dan juga blouse yang masih on Q.. Insya Allah dok tengah kumpulkan semangat menjahit setelah sekian lama bercuti raya..

Ok, today saya nak bercerita pasal kain perca.. tailor dan kain perca memang tak dapat dipisahkan.. ewah.. dah macam perli bahasa dah ek..kebiasaannya kalau kalau kain perca tu besar dan masih banyak, saya akan pulangkan balik pada tuan punya kain.. terpulanglah tuan punya kain sama ada nak simpan atau pun buang.. ada juga customer yang pulangkan balik perca atau lebihan kain pada saya.. dengan alasan mereka tak tau nak buat apa dengan perca kain tersebut..

Sebenarnya, banyak benda yang kita boleh buat dengan perca kain.. contohnya macam tote bag, anak patung, purse, brooch, headband.. ishk.. memang banyak lah..  atas kita jer macam mana nak manfaatkan perca-perca kain tu..

Ini adalah contoh kain perca yang telah saya manfaat kan.. comel jer tengokkan.. uols yang mana ada kain perca banyak sangat tu dan tak tau nak buat apa dengan kain perca tu, boleh lah cuba manfaatkannya sekarang.. mana tau kan boleh jadi sumber pendapatan sampingan..





Gambar yang terakhir tu, gambar anak dara saya dengan set baju dan kain duyung.. jangan tak percaya, baju dan kain tu saya gunakan kaen lebihan buat tudung (chiffon amboss dan lycra printed)... asalkan ada kehendak, semua pun akan jadi.. selamat bermanfaatkan perca semua..

Tuesday 14 July 2015

Mudahnya membuat kain susun tepi


Salam 29 Ramadhan.. dok kita berpuasa, tak sangka kan kita dah ke penghujung Ramadhan.. rasa sayang nk tinggalkan bulan mulia ni.. mudah-mudahan ada kesempatan untuk Ramadhan tahun depan dan yang akan datang.. insya Allah..

Ok, kali ni saya nak share cara saya buat kain susun tepi a.k.a kain baju kurung..  pada kakak-kakak dan adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang jahitan ni, boleh lah cuba yer.. 


1) Sediakan barang-barang dan peralatan yang diperlukan :-
    (Kain mengikut ukuran lebar dan labuh yang telah siap dijahit tepi (ukuran mestilak termasuk basi kain   
    untuk getah pinggang 1 1/2" dan kelim bawah kain 1/2"), zip 8", getah kain, hook/cangkuk kain, gunting,
    benang)

2) Cantum kedua belah kain dan jahit lurus dalam jarak 1" sampai ke penghujung kain. Mulakan jahitan 
     pada inci ke 11.. (basi 1 1/2" +  1 1/2" + zip 8"). Selepas itu jahit kelim 1/2" pada bahagian bawah kain.

3) Terbalikan kain dan tandakan 3 tempat di atas dan bawah kain.. bermula dari sambungan kain.. setiap
     ukuran 6".. pastikan cantumkan setiap tanda pada atas dan bawah kain.. ianya akan jadi 3 lipatan..
     pinkan ketiga-tiga lipatan tu sekali.. kemaskan lipatan tadi dengan pin.. nak letak pin berapa banyak pun
     tak per.. pastikan cantuman lipatan kain ini tidak menjejaskan ukuran punggung..takut nanti sempit tang
     punggung..

4)  Cantumkan kemasa lipatan tadi ke belahan kain yang tidak dijahit.. pinkan juga yer.. supaya nanti proses
     cantuman zip, kain tak lari 100 meter.. susurkan zip pada belahan.. pastikan besi kecil pada hujung zip itu
     melepasi belahan hujung dan tandakan.. ini bertujuan supaya mata jarum tidak terkena besi kecil semasa
     menjahit nanti. Pinkan zip dan mula menjahit.. seelok-eloknya, gunakan tapak zip yer biar nampak
     kemas dn rapi.. ulang jahit 2 kali pada bahagian bawah besi kecil zip untuk menguatkan jahitan supaya
     lipatan kain tadi jadi lebih kemas dan jahitan tidak mudah renggang.

5) Dalam kiraan basi kain pada sebelah atas, letakkan getah.. matikan jahitan pada awal getah dan jahit
     sampai hujung dan matikan jahitan juga.. setelah siap, tarik-tarikkan pinggang kain yang telah diletakkan
     getah tadi supaya kedutan getah menjadi sama rata..

6) Jahit lurus pada bahagian tengah getah pinggang tadi dengan menggunakan mata jahitan yang kasa sedikit
    daripada biasa.. tarik getah semasa menjahit yer.. ini pula  bertujuan supaya getah pinggang tadi tidak
     beralih arah atau pun berpintal-pintal apabila dipakai atau dibasuh dengan mesen basuh nanti.. selepas tu,
     boleh lah dijahitkan hook/cangkuk pada pinggang kain yang telah digetahkan tadi..


Ini lah hasilnya.. mudah kan..semudah 123456.. selamat mencuba..

Zarinah Saat
(018-2204 258)

Dress ci comel

Assalamualaikum.. dalam kesibukan menyudahkan tempahan untuk hari raya, saya menyempatkan diri untuk update blog ni.. kan dah janji hari tu.. nak keep aktif.. Insya Allah.. mudah-mudahan Allah izinkan.. minta diberi nikmat kesihatan sentiasa..

Tahun ni saya memang tak ambil tempahan untuk jahit dress/jubah berbanding tahun sudah.. tahun ni memang taknak ambil langsung jahitan untuk dress/jubah... tapi apa kan daya.. Allah telah menggerakkan hati untuk menerima tempahan daripada seorang hamba Allah yang lain.. bukan orang lain pun.. sedara belah ipar juga..

Setelah dipujuk rayu, saya setuju untuk buat a most simple dress untuk princess dia..  ini kali kedua saya menerima tempahan daripada dia.. tak sangka anak dia dah makin besar.. ye lah pejam celik pejam celik dah 3 tahun umur anak dia.. kali ini, saya tak ambil ukuran penuh dari pemilik cilik ini.. saya hanya guna pola dress kanak-kanak umur 4 tahun. kebetulan pola lama masih dalam simpanan.. hanya perlu kurangkan labuh dress dan juga lengan.. dressnya masih dalam proses lagi yer.. so, belum ada gambar untuk the latest dress..

But anyhow, saya belanja beberapa gambar untuk dress si comel ni yer..





Ini adalah diantara koleksi dress si comel yang sempat saya snap..nasib jugak ada anak perempuan.. boleh tolong jadi model.. kikiki..

Zarinah Saat
(018-2204258)

Wednesday 8 July 2015

Cara saya ambil ukuran baju kurung (tanpa pola)

Salam 22 Ramadhan semua.. kali ini saya nak kongsikan cara saya ambil ukuran untuk membuat baju kurung.. ukuran berdasarkan baju contoh yang customer bagi.. tanpa pola yer.. kenapa tak ada pola.. hurmmm.. sebab, saya belajar pun tanpa pola.. bukan sebab terer tau.. okay, kita sambung macam mana untuk mengukur yer.. now, sila bentangkan baju kurung (contoh) anda..

Ukuran bersih perlu diambil terlebih dahulu sebelum menambah ukuran basi yer..

Formula : Ukuran bersih+basi kiri+basi kanan/basi atas/basi bawah.. biasanya ukuran basi saya standard kan 1/2 inci untuk badan dan tangan.. manakala ukuran basi untuk kelim bawah baju dan bawah tangan, saya ambil 1 inci..

Kalau blur atau pun kurang paham atau pun tak paham atau pun tak tau apa itu ukuran basi, anda boleh terbalikkan baju kurung contoh tu dan anda akan dapat lihat kain lebihan jahitan.. dalam erti kata lain, kain yang dah kena jahit tepi tu.. ha.. itulah namanya kain basi.. ataupun kain lebihan dalam..

Sebagai contoh :-

Bahu : 16" + 1/2" + 1/2" : 17"
*Labuh baju : 37" + 1" : 38"
Panjang tangan : 19" + 1/2" + 1" : 20 1/2"
Lebar tangan atas : 8" + 1/2" : 8 1/2"
**Lebar tangan bawah : 7" + 1/2" : 7 1/2"
***Labuh Pesak : (Labuh baju - panjang tangan atas + 1/2 + 1)
Pesak atas : 3" + 1/2" + 1/2" : 4"
Pesak bawah : 4.25" + 1/2" + 1/2" : 5.25"
Kekek : 3.25" + 1/2" + 1/2" : 4.25" persegi

*Labuh baju dikira tanpa sambungan atas bahu. Kalau bahu bersambung, tambahkan lagi 1/2" yer..
**Selalunya saya akan kuragkan lebar tangan bawah sebanyak 1".
***Selepas potong bahagian badan dan tangan, saya akan letakkan bahagian tangan dia atas badan. Selepas itu baru saya akan ambil ukuran untuk labuh pesak.

Satu tips nk bagi untuk anda semua.. kalau kita nak hantar kain baju kita untuk jahit tepi di kedai jahit, pastikan lebihan basi untuk semua dilebihkan.. bukan apa, takut orang yang jahit tepi tu terlajak.. 

Sekian untuk entri kali ini.. Selamat mencuba semua..

Tuesday 7 July 2015

Logo VS Label

Hi semua.. Assalamualaikum kakak2, adik2 semua.. jumpa lagi dalam pondok saya.. kali ni saya nk cerita pasal logo dan juga label.. kenapa nak kena ada logo? kenapa nak kena ada label?.. jawapannya harus.. bukan wajib yer tapi harus.. harus ada.. sebab dengan meletakkan label, orang dah boleh tau yang sesuatu produk tu adalah kita punya.. senang orang nak cam.. dah tak konpius lagi dah.. nak-nak lagi trend orang sekarang ni letakkan label kat belah luar tudung.. dari jauh orang dah tau kan tu tudung keluaran siapa.. tak payah nak belek2 lagi kat belah dalam tudung..


Kejadian logo dan label ni juga perlulah seragam dengan produk yer.. penggunaan tulisan dan imej pada logo dan label memainkan peranan dalam pemasaran.. contohnya, kalau kita menjual pakaian dewasa, jangan pula logo dan label tu ada imej kartun yer.. takmo takmo.. memang tak sesuai dek...

Label pula ada banyak jenis.. samada ianya printed label, iron on, woven/sulam atau pun metal, semua fungsinya sama.. hanya harga yang membezakan antara label-label tu.. Contoh atas tu adalah printed label.. Sesiapa yang bminat nak buat label macam saya, boleh lah contact saya nanti yer..018-2204258 (Zarinah Saat).. Ok sahaja untuk kali ini.. nanti kita cerita lagi..

Friday 3 July 2015

Dimana nak dapatkan stok kain?

Haloo.. Assalamualaikum.. semalam tak ada update pun kat blog.. sedang sibuk menggukur kain untuk tempahan tudung yang belum surut-surut.. macam mana nak surut kalau warna kain yang dihajatkan customer tak ada dalam simpanan peribadi atau pun kat tempat lain.. yang tak ada stok tu, kita KIV dulu lah yer.. kena tunggu sampai stok warna tu ada..

Biasanya saya akan mendapatkan bekalan kain di gedung kain Jakel, Shah Alam.. untuk kain chiffon plain, lycra dan lycra cotton, saya lebih suka membeli di Jakel.. banyak pilihan warna yang boleh merambangkan biji mata kita.. untuk chiffon printed pula saya suka ke Kamdar, IOI Mall Puchong.. memang banyak pilihan chiffon printed untuk budang 45" di Kamdar.. harga pun boleh dikatakan berbaloi-baloi..  Nagoya juga tidak kurang stok kainnya.. pilihan di tangan anda..



Berbelanja di Jakel, kita perlu tahu dengan siapa kita membeli.. macam saya, saya lebih suka berurusan dengan pekerja melayu berbanding dengan pakistani.. pernah sekali deal dengan supervisor pakistan.. ya ampun.. harga yang dia offer memang jauh lebih mahal daripada harga yang biasa saya dapat.. seeloknya, kita stick pada seorang pekerja jer.. senang nak berurusan.. harga pun tidak turun naik..

Untuk tudung berlayer, saya menggunakan kain jenis chiffon georgette dan  chiffon versis cerutti.. Insya Allah kain fabrik nya lembut dan tidak kejung.. jatuh elok jer.. (masuk trolly sorong sendiri..)..

Saya juga ada open order untuk pembelian chiffon..  siapa yang berminat nak dapatkan harga special untuk fabrik chiffon nih, boleh whats up saya yer.. nanti saya bagi katalog warna dan harga untuk rujukan.. 018-2204258 (Zarinah Saat)..  Ok sudah untuk entri kali ini yer.. 

Wednesday 1 July 2015

Mesin jahit coverstich/kelim t-shirt

Assalamualaikum kesayangan hamba semua.. hari ini saya nak cerita pasal mesin jahit coverstich atau pun mesen kelim tepi t-shirt.. mesin jahit ni selalu nya saya gunakan pada fabrik lycra dan cotton lycra.. untuk kemasan pada lipatan bawah jubah/dress.. juga pada lipatan leher baju.. Kerja-kerja mengelim pada jubah/dress akan jadi lebih mudah, cepat dan senang kalau kita menggunakan mesin coverstich nih.. Apa taknya.. kelim ikot lebar yang dikehendaki, dan terus jahit.. tak perlu nak kemaskan dengan mesen jahit tepi biasa dan kemudian kelim.. ambil masa juga kan..

Harga anggaran mesin jahit ni dalam RM4,000-00 lebih untuk jenis industri dan jenama.. Untuk mesin portable pula, anggaran harga bermula dari RM1,500-00.. untuk yang menggunakan jahitan coverstich ni pada tahap minimal, saya cadangkan mesin portable sahaja..

Ni contoh mesin jahit coverstich jenis portable, jenama marrylock.. saya beli pada 3-4 tahun yang lepas pada harga RM1,650-00.. Mesin coverstich ni biasanya didatangkan dengan 3 jarum.. tapi saya hanya menggunakan 2 jarum untuk kemasan tepi tudung, inner neck dan jubah/dress.. memang tak pernah menghampakan..

Sesiapa yang berhajat untuk memiliki mesin coverstich ni, boleh hubungi saya juga.. saya boleh cadangkan kedai sama yang saya beli mesin ni...

Monday 29 June 2015

Benang jahit

Assalamualaikum semua..

Selalunya kalau kita tanya apa bahan utama untuk masak itu, masak ini kan.. tapi dalam jahitan, selain fabrik dan gunting, bahan utamanya adalah benang.. kalau nak sebut satu-satu pasal jenama benang ni, memang tak tersebut lah.. banyak sangat.. antaranya ialah rinata, senorita, gold fish, nona, cap kerbau, chain dan banyak lagi lah.. penggunaan benang dalam jahitan saya tidak terhad pada satu jenama.. bergantung kepada persamaan warna.. kalau dapat gold fish, gold fish lah.. kalau cari-cari kaler jumpa jenama senorita, pun balun juga.. asalkan padan dengan warna fabrik..

Biasanya untuk jahitan biasa saya lebih menggunakan jenama gold fish, nona dan senorita.. manakala untuk jahitan manik, saya lebih suka guna benang cap kerbau.. tebal dan tahan lasak.. menjahit pearl di fabrik memerlukan ikatan benang yang kukuh untuk mengekalkan kedudukan pearl.. nak-nak lagik kalau dapat pearl bersaiz 8-10mm kan..

Nak kata saya cerewet dalam pemilihan jenama benang, tidak lah sangat.. asalkan jahitan lancar, tidak sangkut atau mudah putus, dah cukup memadai pada saya.. harga setiap jenama juga berbeza-beza tau.. mengikut kawasan atau kedai.. sebagai contoh benang jahit jenama senorita, saya beli di kedai yang terdapat dalam pasaraya giant berharga RM1.00.. tapi di kawasan lain berharga 80 sen.. untuk jenama gold fish, nona dan deer biasanya saya beli dengan harga 60 sen sebiji..



Ada sesiapa yang nak dapatkan koleksi benang dari saya?.. jom dapatkan 50 biji benang dengan harga RM30.00 sahaja.. Sekian untuk kali ini..

Cara mencantum tudung berlayer..

Assalamualaikum semua.. selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan.. kakak-kakak dan adik-adik.. tengah buat apa yer.. tengah pikir nak berbuka puasa dengan apa yer.. ok.. apa pun yang anda smua makan nanti, pasti kan ianya adalah halal dan yang paling penting kebersihan perlu diutamakan.. lebih elok kalau kita sendiri yang siapkan juadah berbuka tu nanti.. puas hati dan lebih jimat.. yang mana-mana tengah free tu, jom sama-sama layan cara mencantum tudung berlayer..
Tudung yang saya tengah bikin ni adalah tudung 2 layer.. tak kira berapa layer pun tudung yang anda buat, kaedah mencantum antara layer-layer tu adalah sama..
Caranya.. selepas potong kain mengikut pola.. guntingkan sedikit atau snip pada bucu lipatan kain.. perlu diingat yer.. hanya sedikit sahaja.. bukan apa.. kalau terlebih-lebih nanti, basi untuk cantuman awning tudung akan jadi terkurang.. dah tak cantik pulak nanti..
Selepas memotong semua layer yang dikehendaki, boleh lah dicantum kan kesemua layer itu tadi mengikut kesan guntingan yang telah dibuat... pastikan semuanya berada pada satu garisan bucu tajam yer.. dengan kaedah ini, insya Allah layer2 anda akan jadi sama dan balance..
Selamat mencuba..

Sunday 28 June 2015

Kain songket Sarawak

Assalamualaikum semua.. Salam isnin yer. Jangan moody2 di pagi hari.. Kalau nak moody, sekejap2 jer.. Jangan lama-lama, tak elok untuk kesihatan tau..

Ingat tak entri sebelum ni tentang kain duyung.. Selepas saya publish entri tu, saya dapat satu tempahan daripada seorang adik comel.. duduk berhampiran jer dengan rumah saya.. tak sangka, dia menyinggah baca ke blog saya yang serba kekurangan ni.. adik comel tu minta saya jahitkan kain duyung pada songket sarawak dia.. Walaupun songket sarawak ni tengah menjadi fenomena pada masa sekarang, tapi inilah kali pertama saya menyentuh fabrik songket ni.. Struktur kain yang halus dan lembut macam cotton.. ditambah pula dengan cetakan emas pada fabrik.. wah.. memang wow.. terus saya jatuh cinta pada songket sarawak ni..

Dek kerana teruja, saya pun apa lagi.. capai gunting, potong.. zup zap zup zap.. terus jer jahit kain songket sarawak ni.. dan... hasilnya... memang like 88 kali.. (8=nombor bertuah untuk kaum cina)..

Sesiapa yang nak dapatkan fabrik songket sarawak ni, boleh lah menghubungi Puan Hamidah Burham di 016-3385790.. Insya Allah harga mampu milik.. Nak saya jahitkan? boleh jer.. hubungi saya juga yer..