Tuesday 4 August 2015

Kejadian Tudung Samarinda

Assalamualaikum semua.. salam rabu untuk anda..

Untuk hari ni saya nak bercerita tentang kejadian Tudung Samarinda.. Tak ada apa yang menarik pun pasal tudung ni.. biasa-biasa sahaja.. mempunyai 2 layer.. dengan fabrik chiffon yang sama (versis cerutti).. full cap awning dan juga deretan butang bungkus bersaiz comel dihadapan tudung..

Originally  nya Tudung Samarinda ini ialah dengan menggunakan layer yang sama warna dan padanan full cap awning dengan butang bungkus.. dan kemudiannya diolah mengikut citarasa pemakai yang lebih menggemarkan 2 ton warna..

Untuk kelainan, pada aksesori hadapan tudung, saya telah menggantikan deretan butang bungkus dengan manik pearl dimana saya dan pemakai lebih mengenali tudung ini sebagai Tudung Samarinda Lipan..

Dan kali ini, untuk tampil sedikit berbeza saya memberikan perincian batu tampal dmc diatas butang yang dibalut dengan chiffon plain.. maka jadi lah ia sebagai Tudung Samarinda Diamond.. Ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu saiz M dan juga L.. Tak kira lah apa jua nama pada tudung ini, yang pastinya akan memberikan anda keselesaan bertudung.. belum cuba, memanglah tak tahu kan.. hehehe..

Berikut adalah butiran untuk Tudung Samarinda ini :-

1) Saiz M : Labuh dari muka +-13" (ukuran muka 12")
    Harga : RM40-00

2) Saiz L : Labuh dari muka +-15" (ukuran muka 12")
    Harga : RM48-00

Tudung Samarinda Diamond

Tudung Samarinda Lipan


Tudung Samarinda (Original/Basic)




Tudung Samarinda 2 Tone

Untuk anda yang berminat dengan Tudung Samarinda ni, anda boleh lah menghubungi saya, Zarinah Saat (018-2204 258).. Saya juga ada membuka tempahan untuk borong..

Terima kasih..

No comments: