Thursday 27 August 2015

Melakar pola tangan

Assalamualaikum.. semoga ceria di hujung bulan yer.. taknak sedih sedu tau..

Hari tu saya ada bagi cara nak melakar pola badan kan.. ok, hari ni saya belanja cara nak melakar pola tangan pula..

Take a look yer semua.. bye..

Wednesday 26 August 2015

Blouse untuk si manja

Assalamualaikum semua.. lama tak jenguk blog ni.. rindu terasa rindu.. hari ni ada kesempatan sikit, boleh lah saya update entri..

Kali ni nak story pasal blouse untuk si manja lak.. budak-budak kalau dipakai kan blouse, memang comel.. geram nengok nya kan.. alkisah suatu hari yang blur, maka terhasil lah blouse dari kain cotton ni..

Kalau dalam pasaran baju kanak-kanak yang dibuat daripada fabrik cotton ni, range harga memang tak boleh nk tahan.. setakat anak seorang, ok lagi.. kalau dh gugurl sampai 4-5 orang.. hurmm.. pikir 2 kali nak membelinya..

Patern baju ni, saya folow patern yang tengah viral sekarang ni.. saya namakan 'blouse tangan congek"..  heheh.. nama asal, saya tak pasti.. bahagian belakang saya belah dalam 4" dan finishing dengan butang ketip.. kemasan leher pakai piping dari kain yang sama..

Potongan badan standard.. ukuran tangan yang tercongek tu saya ambil kelebaran sebanyak 2.5", panjang sebanyak 8" dan kedutan 7" (ukuran bersih)..

Lepas lah setakat nk menanyang masa balik kampung.. kalau nk beli pon mau sampai rm40.00.. nak-nak lagi yang ada jenama..

Ok semua.. Sekian untuk kali ini.. selamat membaca.. siapa yang ada kesempatan, jom try buat blouse tangan congek ni untuk si manja anda..


Thursday 13 August 2015

Blouse Cik Gayah

Assalamualaikum.. alhamdulillah ketemu lagi kita semua dalam blog yang serba kekurangan ni kan.. harapan untuk kalian agar semuanya sihat sejahtera dan bahagia..

Hari ni takda tutorial mahupun tips dari saya.. tapi saya nk belanja blouse custome made dari pondok jahitan saya.. hihihi.. dashat tak.. dalam pondok ada mesen jahit bagai tau.. bukan sebarang pondok ni.. diam tak diam dah keluar blouse..

Blouse ni saya bagi nama Blouse Cik Gayah.. entah kenapa ek saya bagi nama gitu.. spontan lak keluar dari benak pikiran ni.. tak pelah.. apa-apa nama pun tak kisah kan.. asalkan sedap mata memandang, sedap lagi badan memakai.. cewah.. macam kena jer..

Blouse ni saya buat standard saiz.. tapi boleh pakai sampai saiz L..  dengan cutting yang longgar dan potongan tangan yang terbelah dihujung membuatkan si pemakai nampak sopan dan elegant.. perghh.. nak-nak lagi kalau pakai satu set dengan songket sarawak kan.. memang ke langit lah.. tapi perlu diingat yer.. blouse ni adalah daripada material chiffon georgette dan bersifat agak transparent.. so, untuk mengelakkan fitnah dan yang seumpamanya, pemakaian inner adalah diwajibkan..

Ok.. boh2 lah dok bober nya (bahasa kelantan).. Jom kita layan gambar blouse cik gayah ni.. Siapa2 yang nak saya jahitkan blouse cik gayah ni, boleh lah contact saya..  yang mana pemalu tu, boleh je nak wasap.. anda juga boleh dapatkan koleksi songket sarawak daripada Puan Hamidah Burham (016-3385790)..

Zarinah Saat
(018-2204258)

Tuesday 11 August 2015

Cara melakar pola badan

Assalamualaikum semua.. lama jugak tak update blog ni.. almaklumlah.. sedikit sibuk dengan urusan keluarga..

Ok, hari ni saya nk belanja kakak-kakak dan adik-adik semua cara saya melakar pola untuk badan.. kesempatan lain sy belanja cara melakar pola tangan pula yer..

Berikut adalah ukuran badan:
Bahu (B) : 16"/2=8"
Ketiak (K) : 18/2=9"

Bahu ke dada (BP) : 15"

Dada (DD) : 42"/4=10.5"
Pinggang (P) : 40"/4=10"
Punggung (PU) : 50"/4=12.5"

Labuh dres/baju : 30"

Selamat melakar pola semua..

Tuesday 4 August 2015

Kejadian Tudung Samarinda

Assalamualaikum semua.. salam rabu untuk anda..

Untuk hari ni saya nak bercerita tentang kejadian Tudung Samarinda.. Tak ada apa yang menarik pun pasal tudung ni.. biasa-biasa sahaja.. mempunyai 2 layer.. dengan fabrik chiffon yang sama (versis cerutti).. full cap awning dan juga deretan butang bungkus bersaiz comel dihadapan tudung..

Originally  nya Tudung Samarinda ini ialah dengan menggunakan layer yang sama warna dan padanan full cap awning dengan butang bungkus.. dan kemudiannya diolah mengikut citarasa pemakai yang lebih menggemarkan 2 ton warna..

Untuk kelainan, pada aksesori hadapan tudung, saya telah menggantikan deretan butang bungkus dengan manik pearl dimana saya dan pemakai lebih mengenali tudung ini sebagai Tudung Samarinda Lipan..

Dan kali ini, untuk tampil sedikit berbeza saya memberikan perincian batu tampal dmc diatas butang yang dibalut dengan chiffon plain.. maka jadi lah ia sebagai Tudung Samarinda Diamond.. Ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu saiz M dan juga L.. Tak kira lah apa jua nama pada tudung ini, yang pastinya akan memberikan anda keselesaan bertudung.. belum cuba, memanglah tak tahu kan.. hehehe..

Berikut adalah butiran untuk Tudung Samarinda ini :-

1) Saiz M : Labuh dari muka +-13" (ukuran muka 12")
    Harga : RM40-00

2) Saiz L : Labuh dari muka +-15" (ukuran muka 12")
    Harga : RM48-00

Tudung Samarinda Diamond

Tudung Samarinda Lipan


Tudung Samarinda (Original/Basic)




Tudung Samarinda 2 Tone

Untuk anda yang berminat dengan Tudung Samarinda ni, anda boleh lah menghubungi saya, Zarinah Saat (018-2204 258).. Saya juga ada membuka tempahan untuk borong..

Terima kasih..

Monday 3 August 2015

Full Cap Awning Chiffon

Hai ladies.. Assalamualaikum semua.. Setakat 18 Syawal ni mesti dah anda semua dah banyak attend open house kan.. hurmm... best nya dapat makan macam-macam kan.. sedap-sedap lak semua tuh.. wow.. bisa membuat air liur menitik ni..

Ada kesempatan hari ni saya nak share cara saya buat full cap awning dengan menggunakan kain chiffon.. jom kita gali..

Mula-mula, macam biasa lah kan.. sediakan barang.. apa yang kita perlukan ialah : perca chiffon dan kain tefetta secukupnya (kalau tefetta tak ada, boleh juga guna thai silk sebagai kain lapik dalam), bakrum ikot saiz pola awning, pensel penanda/kapur..

Cara-caranya :

1) Gosok kain tefetta, lipat kepada 2 bahagian dan gosok lagi sekali sampai
garisan tengah jelas kelihatan.. gosok juga kain chiffon supaya nampak kemas dan
senang untuk dijahit dan dicantum..


2) Buka kain tefetta dan letakkan kain chiffon diatas garisan tengah tefetta.. jahit lurus sampai hujung.. jarakkan dalam 1/2" jahitan daripada garisan tengah..


3) Terbalikkan kain chiffon dan gosok untuk kemasan terutamanya pada bahagian garisan tengah..







4) Dalam keadaan kain chiffon dibawah, letakkan bakrum (awning) ke atas kain tefetta.. pastikan garisan panjang bakrum diletakkan sama pada garisan tengah tefetta tadi yer.. gosok sampai bakrum betul-betul melekat pada kain..





5) Lipatkan kain chiffon pada kedudukan seperti dalam gambar.. dah teruskan menggosok untuk kemasan maksimum pada line tengah..







6) Trim lebihan kain dalam 1" daripada garisan bakrum.. jahit lurus pada lengkungan barum.. pastikan kain chiffon ditarik sedikit semasa menjahit supaya regangan diatas awning sekatadan tidak berkedut..

7) Trim lagi lebihan kain.. jangan sampai ter trim pada jahitan yer..

8) Tandakan titik tengah awning


9) Full cap awning chiffon telah ready untuk dicantum pada body tudung..

Ok semua.. selamat memanfaatkan ilmu yer.. sharing is caring..

Zarinah Saat
(018-2204 258)