Monday 29 June 2015

Benang jahit

Assalamualaikum semua..

Selalunya kalau kita tanya apa bahan utama untuk masak itu, masak ini kan.. tapi dalam jahitan, selain fabrik dan gunting, bahan utamanya adalah benang.. kalau nak sebut satu-satu pasal jenama benang ni, memang tak tersebut lah.. banyak sangat.. antaranya ialah rinata, senorita, gold fish, nona, cap kerbau, chain dan banyak lagi lah.. penggunaan benang dalam jahitan saya tidak terhad pada satu jenama.. bergantung kepada persamaan warna.. kalau dapat gold fish, gold fish lah.. kalau cari-cari kaler jumpa jenama senorita, pun balun juga.. asalkan padan dengan warna fabrik..

Biasanya untuk jahitan biasa saya lebih menggunakan jenama gold fish, nona dan senorita.. manakala untuk jahitan manik, saya lebih suka guna benang cap kerbau.. tebal dan tahan lasak.. menjahit pearl di fabrik memerlukan ikatan benang yang kukuh untuk mengekalkan kedudukan pearl.. nak-nak lagik kalau dapat pearl bersaiz 8-10mm kan..

Nak kata saya cerewet dalam pemilihan jenama benang, tidak lah sangat.. asalkan jahitan lancar, tidak sangkut atau mudah putus, dah cukup memadai pada saya.. harga setiap jenama juga berbeza-beza tau.. mengikut kawasan atau kedai.. sebagai contoh benang jahit jenama senorita, saya beli di kedai yang terdapat dalam pasaraya giant berharga RM1.00.. tapi di kawasan lain berharga 80 sen.. untuk jenama gold fish, nona dan deer biasanya saya beli dengan harga 60 sen sebiji..



Ada sesiapa yang nak dapatkan koleksi benang dari saya?.. jom dapatkan 50 biji benang dengan harga RM30.00 sahaja.. Sekian untuk kali ini..

Cara mencantum tudung berlayer..

Assalamualaikum semua.. selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan.. kakak-kakak dan adik-adik.. tengah buat apa yer.. tengah pikir nak berbuka puasa dengan apa yer.. ok.. apa pun yang anda smua makan nanti, pasti kan ianya adalah halal dan yang paling penting kebersihan perlu diutamakan.. lebih elok kalau kita sendiri yang siapkan juadah berbuka tu nanti.. puas hati dan lebih jimat.. yang mana-mana tengah free tu, jom sama-sama layan cara mencantum tudung berlayer..
Tudung yang saya tengah bikin ni adalah tudung 2 layer.. tak kira berapa layer pun tudung yang anda buat, kaedah mencantum antara layer-layer tu adalah sama..
Caranya.. selepas potong kain mengikut pola.. guntingkan sedikit atau snip pada bucu lipatan kain.. perlu diingat yer.. hanya sedikit sahaja.. bukan apa.. kalau terlebih-lebih nanti, basi untuk cantuman awning tudung akan jadi terkurang.. dah tak cantik pulak nanti..
Selepas memotong semua layer yang dikehendaki, boleh lah dicantum kan kesemua layer itu tadi mengikut kesan guntingan yang telah dibuat... pastikan semuanya berada pada satu garisan bucu tajam yer.. dengan kaedah ini, insya Allah layer2 anda akan jadi sama dan balance..
Selamat mencuba..

Sunday 28 June 2015

Kain songket Sarawak

Assalamualaikum semua.. Salam isnin yer. Jangan moody2 di pagi hari.. Kalau nak moody, sekejap2 jer.. Jangan lama-lama, tak elok untuk kesihatan tau..

Ingat tak entri sebelum ni tentang kain duyung.. Selepas saya publish entri tu, saya dapat satu tempahan daripada seorang adik comel.. duduk berhampiran jer dengan rumah saya.. tak sangka, dia menyinggah baca ke blog saya yang serba kekurangan ni.. adik comel tu minta saya jahitkan kain duyung pada songket sarawak dia.. Walaupun songket sarawak ni tengah menjadi fenomena pada masa sekarang, tapi inilah kali pertama saya menyentuh fabrik songket ni.. Struktur kain yang halus dan lembut macam cotton.. ditambah pula dengan cetakan emas pada fabrik.. wah.. memang wow.. terus saya jatuh cinta pada songket sarawak ni..

Dek kerana teruja, saya pun apa lagi.. capai gunting, potong.. zup zap zup zap.. terus jer jahit kain songket sarawak ni.. dan... hasilnya... memang like 88 kali.. (8=nombor bertuah untuk kaum cina)..

Sesiapa yang nak dapatkan fabrik songket sarawak ni, boleh lah menghubungi Puan Hamidah Burham di 016-3385790.. Insya Allah harga mampu milik.. Nak saya jahitkan? boleh jer.. hubungi saya juga yer..


Friday 26 June 2015

Jahit halus tepi tudung

Hai semua.. tengah buat apa tu.. yang bekerja, selamat
bekerja.. yang suri rumah, selamat menjalankan kerja-kerja rumah.. tapi yang menjahit mesti tengah merempit kan.. pulun dok menyiapkan tempahan raya.. saya sendiri tengah melayan jahit tepi untuk tudung.. jom..

Saya hanya guna mesen jahit industri jenama fima jer.. mula-mula memang macam tak yakin dengan kualiti jahitan.. tapi lepas sesi suai kenal, ternyata tidak menghampakan.. Saya dah upgrade mesen jahit ni dari 3 benang ke 4 benang.. 2 benang biasa dan 2 benang gebu.. nak gebu.. gunalah ku gebu.. baru lah mengebas-ngebas kan.. hehehe.. (gurau-gurau di siang hari)..

Ada yang nak hantar tudung atau shawl untuk jahit tepi tak.. boleh contact saya yer.. 018-2204 258 (Zarinah).. Harga jahit tepi saya lebih murah daripada kualiti.. Dimana saya meletakkan kualiti pada tempat yang lebih tinggi daripada harga.. Jangan tak percaya tau..? Nak tau, boleh cuba..

Untuk tudung 2 layer bersaiz M, jahit tepi halus yang saya caj hanya RM4-00.. murah kan.. So, tunggu apa lagi.. meh pakat hantar shawl dan tudung anda..

Sifir paling mudah untuk di zahirkan

Assalam kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik semua.. jumpa lagi kita semua.. dalam menyibukkan diri dengan menjalani ibadah di bulan ramadhan ni, selain dari membantu suami berniaga dan menjahit tempahan.. saya juga tidak lupa untuk memantau pembelajaran anak-anak..

Setiap malam selepas berbuka puasa dan solat maghrib, saya akan simply pick which one yang nak kena diajar malam tu.. haa... selalunya yang berperangai nakal yang kena.. Nasiblah samada abang atau adik..

Selama ni, saya hantar mereka ke kelas tuisyen di Putra Heights (Teacher Yoges).. Alhamdulillah.. sejak mereka tuisyen, memang ada banyak improvement.. Pada awal tuisyen, anak pertama saya score A dalam bahasa english which is saya tak pernah expect that high.. Buat pertama kali air mata bangga membasahi di segenap pipi seorang mama yang tak pernah harapkan apa-apa daripada anak-anak nya.. (touching hoh..)
Itu pada awalnya..

Tapi lama-kelamaan, mereka seakan hilang minat dan tidak fokus pada pelajaran.. Pergi ke kelas tuisyen pun  sampai sanggup bergaduh.. Dari situ lah, pelajaran mereka merosot.. Minat belajar seolah hilang dari minda.. Tiada apa lagi yang saya boleh usahakan.. Sehinggalah...

Saya mengambil keputusan untuk mengajar sendiri anak-anak saya.. Sama ada suka atau pun tidak, itu sudah pasti.. Langkah permulaan, saya kenal pasti dimana kelemahan mereka.. Bacaan atau pun  pemahaman.. Untuk matematik, saya perlu kaji dimana kesusahan mereka.. penambahan, penolakan, darab atau pun bahagi.. Hurmmm.. Nampak gayanya macam semua jer yang nak kena polish balik..

Tak per.. Kita mula balik yer anak-anak semua.. Insya Allah, kalau kita berusaha pasti ada hasilnya..

Akhir kata.. Jom belajar sifir 9.. sifir paling mudah untuk direkodkan..






Thursday 25 June 2015

Butang bungkus

Pada mula-mula mencipta nama Tudung Samarinda, saya mcm terpikir why not kalau kita letakkan butang bungkus ni kat bahagian hadapan tudung tu.. so that bila kita pakai tudung tu nampak butang sederet kat depan.. ye lah kan.. selalunya butang bungkus ni orang selalu letak dibahagian lengan dan belakang baju..

Awalannya, saya berulang alik ke kedai cina untuk buat butang bungkus nih.. harga untuk 1 butang bergantung kepada saiz.. semakin besar saiz butang tu, semakin mahal harganya.. boleh mencecah sehingga ke 60 -70 sen sebiji.. macam saya, saya hanya guna saiz yang kedua kecil.. diameter butang lebih kurang dalam 1 cm.. sebiji butang untuk saiz tu, harganya dalam 20-30 sen sebiji..

Dek kerana permintaan Tudung Samarinda yang berbutang bungkus ni mendapat sambutan yang boleh dikatakan hangat (cewahhh..), saya pun mengambil inisiatif untuk memiliki mesen butang bungkus sendiri..

Saya beli dengan harga RM550.00 termasuk ibu mesen butang, 4-5 mould (dah lupa.. sebab hanya guna 1 saiz jer..) dan refill casing 50 pcs untuk setiap mould tuh.. perasaan masa tu punya lah happy.. mana lah taknya.. semua kos pun saya dapat jimatkan.. 

Sehingga sekarang pun saya masih menggunakan mesen butang bungkus tu.. Selain kegunaan sendiri, saya juga ada open order untuk sesiapa yang nak buat butang bungkus, tapi malas nak kluar rumah.. Harga? Insya Allah puas hati.. Kalau ada yang berminat, boleh lah hubungi saya di 018-2204 258 (Zarinah)..

Sebelum mengakhiri entri kali ini, saya belanja cara buat butang bungkus kat ulos2 semua..

nota order

hi adek kakak smua.. lama ek tak berblog.. las update pon tahun lepas.. ok2 tak per.. this time sy try utk sokmo update blog nih.. insya allah..

dah masok 8 hari kita berpuasa kan.. alhamdulillah masih menikmati nikmat Allah hingga ke saat ini.. macam mana dgn persiapa raya tahun ni.. korang semua dh ready k.. jgn baju raya tak siap sudah lah yer.. tahun ni sy hanya ambil tempahan tdung n kaen duyung jer.. compared dgn las year.. tahun ni nak bersenang lenang skit.. sj nak release urat saraf.. sementara nk menunggu waktu berbuka, sy sentiasa sebokkan diri.. tak kira lah wat apa pon.. selalu nya balik kerja sy akan tolong husband sy meniaga roti john dulu.. alah.. kat depan rumah j pon.. lepas berbuka, rutin di bulan puasa, biasanya sy akan menelek buku tempahan dulu sebelom sy start menjahit...

sya akan list down kan tudung apa yang sy nak kena jahit.. berapa helai yang perlu sy jahit mlm nih.. kira mcm target lah.. selalunya sy dapat buat apa yang saya targetkan.. cara yang boleh dipraktik kan terutama utk beginner macam saya nih.. uols pon boleh cuba wat target mcm nih.. tp jgn sampai target tersasar yer.. jenoh nk mnjawap..




Pola kain duyung

Salam sayang2 smua.. Memang payah kalau kita pikir payah ek.. starts form nown on, saya nak kena reserve kan sikit masa utk update blog.. almaklumlah busy menyiapkan tempahan dari customer.. Selain tudung, saya juga ada mengambil tembahan kain duyung dan juga blouse.. Walaubagaimana pun priority masih pada jahitan tudung..

Perasan tak, sekarang kain patern duyung tengah hot dalam pasaran.. Sementara itulah saya mengambil inisiatif untuk mengexpand bidang jahitan saya.. Tidak terhad pada  tudung sahaja..

Kain duyung memang simple dan cantik.. Sesuai untuk digayakan dengan apa sahaja.. Kain yang berasaskan cotton amat sesuai untuk kain patern duyung ni.. Nampak terletak jer..

Kalau ada sesiapa yang nak saya jahitkan kain duyung untuk raya yang bakal tiba ni, boleh lah hubungi saya yer.. Upah yang saya kenakan untuk patern ni hanya serendah RM20.00 sahaja.. So, tunggu apa lagi..

Dalam kesibukan menyetelkan tempahan, saya selitkan disini pola kain duyung yang tengah top nih..