Wednesday 12 October 2016

Kaedah menentukan ukuran ketiak (pola)

Assalamualaikum.. ya Allah.. dah bersawang dah pondok saya nih.. punya lah lama tak mengupdate blog kan.. nampak sangat.. hehe.. Ada yang rindu tak dengan saya.. tak rindu pun tak pa.. asalkan dapat manfaatkan apa yang saya bakal tuliskan ni pun, dah Alhamdulillah.. kita sama-sama share apa yang kita ada..

Kebanyakan orang terutamanya pada tukang jahit amatur ataupun budak baru nak belajar menjahit, mengalami masalah semasa mempola di bahagian ketiak.. takut-takut lubang ketiak terbesar atau pun terkecil.. hasil mentelaah beberapa buku dan juga sumber internet, berikut adalah beberapa kaedah yang rata-rata tukang jahit otai dan senior gunakan semasa mempola..

1) Ukuran di tetapkan dengan mengambil ukuran keliling ketiak dengan pita pengukur (point meet point)

    * Ukur lilit ketat (ngam) /2+0.75"@1"
    * Ukuran di ambil loose

2) Ukuran di tetapkan dengan meletakkan tangan pada sudut 45 darjah dan letakkan tapak tangan diantara
     tangan dan dada..kemudian letakkan pita pengukur di bahu dan mula mengukur  
     setakat paras tapak tangan


3) Ketetapan ukuran untuk ketiak boleh ditentukan dengan ukuran bahu..
   
    *Ukuran bahu/2

4) Ukuran ketiak juga boleh ditetapkan dengan mengambil kira ukuran dada..

    *Ukuran dada/2-1"

Semoga coretan saya kali ini dapat memberikan anda keyakinan untuk terus mempola.. dan tidak terhad kepada 1 kaedah sahaja.. tak salah pun kita mencuba kan..  sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang berusaha untuk jadi yang terbaik... Insya Allah..

Nanti sampai kita bertemu semula yer..

Zarinah Saat
018-2204 258 (Whatsup only)





Wednesday 8 June 2016

Tutorial jahit zip sorok

Assalamualaikum sayang2 saya sekalian.. sayang2 sangat kat anda semua.. sebab apa? sebab masih setia berbloging  dengan saya walaupun sekian lama tiada update terkini daripada saya..

Dalam kekalutan dan kesibukan menyiapkan tempahan, hari ni saya nak berikan tutorial menjahit zip sorok pada dress atau jubah baju.. Semoga manfaat untuk anda terutama beginner yang ada keinginan untuk membuat baju untuk hari lebaran yang akan kunjung tiba..

Okay kita mulakan yer.. banyak sangat intro nanti jadi ngantuk pula..

Bahan utama :-
1. Zip sorok (terpulang nak pakai saiz berapa inci pun. Biasanya untuk dress atau jubah kanak-kanak saya  
    gunakan zip 16-18 inci)
2. Tapak zip sorok (saya guna tapak zip yang ada muncung gitu)
3. Tapak zip biasa (boleh pakai mana-mana side pun)

Cara-caranya..

Tandakan garisan dibawah kepala zip
Ini lah tapak zip yang saya guna pemberian dari cikgu jahit saya

Letakkan zip dalam kedudukan kepala zip kebawah (facing down). Buka zip dan letakkan hujung zip yang ditandakan tadi sama aras dengan kain. Pastikan corak kain yang betul memandang atas (facing up). Bahagian belakang baju yang hendak dipasang zip tentunya mempunyai 2 keping kan iaitu bahagian kiri dan kanan. So, sedikit tips dan reminder untuk anda semua yer.. [kain betul facing up, kepala zip facing down][kain belah kiri, zip belah kanan].. hehe.. paham tak ek.. buat2 paham sudah..
Mulakan jahit zip sampai hujung. Jangan sampai langgar kepala zip tu pulak yer, kang tak pasal kena tukar jarum.. waktu ni jangan lupa matikan jahitan sebelum dan selepas habis menjahit..

Ini lah keadaan zip yang telah di zipkan sebelah.. dalam keadaan diatas, pegang kepala zip dalam posisi ibu jari dibawah.. pusing kepala zip 2 kali.. Ini akan menjadikan zip yang sebelah kiri itu akan berpintal dan mengubah kedudukan ke sebelah kanan kain..

Ulang step yang sama

Dari dalam kain, lipat dua dan kemaskan kedudukan zip.. gunakan tapak zip biasa dan mulakan jahitan 1/2 inci daripada titik akhir jahitan kedua-dua belah zip tadi sehinggan ke hujung bawah baju atau dress..
 Beginilah kejadiannya.. Nampak tak lebihan zip yang diatas tu tak? lebihan tu kita akan gunting setelah pelapik leher disempurnakan..

Sekian, tutorial ringkas daripada saya.. Insya Allah di lain entri saya akan hidangkan tutorial menyempurnakan pelapik leher.. Rajin-rajinlah bertandang kepondok saya ni yer..

Zarinah Saat
018-2315547
018-2204258 (WhatsApp sahaja)

Wednesday 6 April 2016

Pola tangan puff atau ropol

Asslamualaikum sahabat semua.. dimana hati ingin berkongsi, di saat itulah jejari menaip, melakar dan mengupdate blog.. ewah.. kemain lagi bermadah bagai.. sekali sekali tak per kot..

Okay, seperti yang saya pernah janjikan dulu.. saya nak berkongsi cara membuat pola tangan berpuff atau pun orang kampung cakap, tangan ropol atas..

Jom mentelaah..








Saya bagi pola jer dulu ek.. nanti kalau ada masa terluang saya akan tunjukkan pula cara nak sambung dari tangan ke lubang ketiak..

Harap tak kecam lukisan yang tak kretif tu yer.. almaklum lah.. engineer sangkut katakan..

Apa pun, selamat menerai semua..

Zarinah Saat
018-2204 258

Monday 21 March 2016

Cinta si Dokoh



Salam berjumpa lagi di entri kali ni.. sorry semua.. masa membataskan waktu saya berblogging.. hanya sempat update facebook dan juga page..

Kesempatan kali ni, saya nak bercerita tentang dokoh.. dokoh tu apa ek? ek? ek? ni orang Johor nih..

Dokoh (do.koh) itu didalam kamus KBBI cetakan edisi Indonesianya bermaksud.. hiasan kalung seperti lempeng.. diperbuat daripada emas yang dileperkan.. setiap corak pada dokoh ni mempunyai maksud yang tersendiri.. seringnya dipakai oleh pengantin sebagai salah satu hiasan ditubuh..

Pada zaman sekarang, dokoh ini bukan sahaja didalam bentuk sebuah kalung atau pun rantai, malah telah dipelbagaikan dan di komersialkan menjadi satu trend dalam berfesyen.. Dokoh kini banyak dilihat pada selendang/shawl, baju-baju dan juga perhiasan lain seperti krongsang dan subang..

Dalam menerajui arus kemodenan dalam berfesyen dan membataskan waktu semasa, dokoh ini telah di cipta dengan cara yang lebih mudah dan murah.. hanya dengan cara menggosok kan (iron on) dokoh tersebut di mana sahaja kita mahukan.. kepingan dokoh tersebut telah dibentuk dan dilengkapkan dengan gam.. apa yang perlu kita buat, hanya gosok, gosok dan gosok.. tak perlu nak menjahit bagai.. dan hasilnya.. memang ohsem..

Dokoh mudah didapati di kedai-kedai alatan jahitan.. kedai-kedai online.. yang membezakan adalah harga.. Harga pula bergantung kepada saiz dan jenis...

So, dah tau kan apa itu dokoh? Agak-agak boleh jatuh cinta tak?..

(Sumber google)

Zarinah Saat
018-2204 258

Ini adalah contoh dokoh yang ditampal dengan kaedah menggosok (iron on) (Gambar peribadi)
Add Ini contoh dokoh berantai.. hiasan asal sebagai rantai.. ada juga sebagai kerongsang..(Gambar Google)  

Ini contoh dokoh yang di jahit terus pada pakaian (Gambar peribadi) 

     


Wednesday 17 February 2016

Jom jahit chunky beads

Assalamualaikum.. perghh... lama sungguh tak jenguk pondok ni... habis semua berabuk.. minta maaf semua.. ada komen yang saya belum berjawap pun.. tak sangka juga sebenarnya.. diam tak diam blog saya yang tak semenggah ni dah mencecah 3000 views.. Alhamdulillah.. apa yang ada pada diri ini sebaik mungkin akan di kongsi bersama..

Untuk mengubat kerinduan semua, sambil mengemas blog.. saya kongsi kan cara dan sedikit tip untuk menjahit chunky beads di baju anda..

Mungkin cara saya berbeza dengan cara kakak2 senior yang memang terror menjahit manik ni.. apa yang pasti saya selesa dan yakin dengan cara saya.. buat anda yang ingin nampakkan baju anda lebih menyerlah dan comel, sila lah cuba yer..


(Peralatan dan bahan)

Mula-mula sediakan design atau patern dan peralatan asas yang diperlukan.. double tape, gunting dan sudah semestinya chunky beads.. untuk melekatkan chunky beads ke fabrik, saya lebih suka menggunakan double tape jer.. sebab kalau susunan manik-manik tu tak menepati citarasa saya, saya masih boleh meminda mana-mana manik ke paten yang saya nak tanpa meninggalkan apa-apa kesan pada fabrik.. tapak chunky beads ni licin dan saya tak galakkan langsung untuk menjahit terus pada fabrik.. ok kita sambung ek..




Kemudian double tape dibelah memanjang.. tak kisah lah saiz apa sekali pun.. asalkan dibelah panjang untuk memudahkan kerja.. kepanjangan double tape yang nak dibelah tu ikut pada masing-masing..



Bentangkan belahan double tape tadi dengan permukaan yang bergam keatas dan susunkan chunky beads diatasnya.. ini cara mudah dan cepat yang saya praktikkan.. so, tak perlu lah nak potong double tape tu kecil-kecil, lepas tu tampal satu persatu atas manik tu kan..


Bila permukaan gam double tape tu dah penuh, boleh lah kita guntingkan tape tadi satu persatu mengikut bentuk chunky beads tersebut.. perkemaskan lebihan tape yang ada pada tapak chunky beads tu..


Taraa.. macam ni lah kejadiannya yer..


Now, chunky beads dah ready nak ditampal pada fabrik ikut design atau patern yang kita nak buat tadi.. tampalkan beads terlebih dahulu dan kemudian jahit.. Insya Allah hasilnya memuaskan.. selamat mencuba..


Zarinah Saat
018-2204 258

Monday 28 December 2015

Pola kain kipas belakang

Assalamualaikum.. rupanya jenuh juga nak dapatkan masa untuk berblog ni yer.. sambil-sambil menjahit, saya cuba sedaya upaya saya untuk mengemaskini blog ni supaya yang sunyi sepi..

Suatu malam saya dapat sms daripada kakak ipar, bagi tahu anak saudara saya terpilih untuk jadi pengawas di sekolah.. disebab kan anak saudara saya tu bersaiz XL, makanya kain pengawas yang berkipas belakang tidak ada dijual dimana-mana.. dek kerana itu saya ditugaskan untuk membuat kain kipas belakang untuk dipakai di sekolah nanti..

Alkisahnya.. saya nak berkongsi bagaimana cara saya membuat kain kipas belakang ni..


4) cantum 2 bahagian kain B, kiri dan kanan.. mulakan jahitan 8" daripada pinggang untuk kemasan zip.. jahit lebihkan 1" daripada paras lipatan kain @ kipas kain..

5) pasang zip pada kain B macam biasa

6) susun lipatan kain kiri dan kanan, dan peniti kan

7) jahit 3 segi pada bahagian tengah lipatan kain @ kipas kain

8) matikan jahitan pada kiri dan kanan lipatan kain @ kipas kain

9) jahit lurus pada bahagian dalam lipatan kain untuk memudahkan kerja-kerja menggosok nanti

10) cantum kain A & B..

11) kelim 1/2" kain bawah

12) kain yang dah siap cantum depan dan belakang di lipat 2 kali dan tandakan tempat (snip) untuk dart dikain

13) jahit dart 4 tempat

14) pasang pinggang kain..nanti saya update cara nak pasang pinggang di lain entri..

15) pasang cangkok di belakang kain

16) dah siap..

So, selamat mencuba untuk anda-anda semua..

Zarinah Saat
018-2204 258

Thursday 17 December 2015

Princess Dress

Assalamualaikum.. lama nya tak bersiaran dari pondok ni kan.. biasa lah.. hujung-hujung tahun.. banyak yang nak kena selesaikan.. baik apa sekalipun..

Entri kali ini, pon saya tak nak cakap banyak.. apa yang saya nak bagi tahu ialah.. dimana ada gigirl, disitu ada princess dress..

Perasan tak.. ada persamaan pada kain songket Sarawak tu kan.. Ha.. kalau nak tau, princess dress yang saya buat untuk anak dara saya tu datangnya dari kain duyung.. ada sikit kain lebihan, customer tak nak bawa balik.. saya pun apa lagi.. dalam kekalutan nak menyiap kan tempahan lain, saya pun apa lagi.. zass jer lah..

Princess dress biasanya dipotong pada 1" atas daripada bahagian pinggang.. bergantung kepada saiz badan kepada yang dewasa.. untuk kanak-kanak, saya memang potong badan baju mengikut kaedah itu.. kainnya pula dipotong dengan kaedah separa bulat dan mempunyai sambungan dibahagian belakang baju...

Ada tambahan zip sorok dibelakang dress untuk memudahkan pemakaian.. paham-paham jer lah kan... budak-budak ni kurang sabar sikit.. nak-nak lagi kalau dapat pakaian baru yang fresh dari pondok jahitan mama dia ni.. hehehe...

Untuk entri berikut saya akan berikan pola berserta ukuran untuk pricess dress ni yer.. Insya Allah..

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh lah wassap saya.. 018-2204 258..

Sekian, terima kasih. Sampai ketemu di entri selanjutnya kay..