Dalam kekalutan dan kesibukan menyiapkan tempahan, hari ni saya nak berikan tutorial menjahit zip sorok pada dress atau jubah baju.. Semoga manfaat untuk anda terutama beginner yang ada keinginan untuk membuat baju untuk hari lebaran yang akan kunjung tiba..
Okay kita mulakan yer.. banyak sangat intro nanti jadi ngantuk pula..
Bahan utama :-
1. Zip sorok (terpulang nak pakai saiz berapa inci pun. Biasanya untuk dress atau jubah kanak-kanak saya
gunakan zip 16-18 inci)
2. Tapak zip sorok (saya guna tapak zip yang ada muncung gitu)
3. Tapak zip biasa (boleh pakai mana-mana side pun)
Cara-caranya..
Tandakan garisan dibawah kepala zip |
Ini lah tapak zip yang saya guna pemberian dari cikgu jahit saya |
Mulakan jahit zip sampai hujung. Jangan sampai langgar kepala zip tu pulak yer, kang tak pasal kena tukar jarum.. waktu ni jangan lupa matikan jahitan sebelum dan selepas habis menjahit.. |
Ulang step yang sama |
Beginilah kejadiannya.. Nampak tak lebihan zip yang diatas tu tak? lebihan tu kita akan gunting setelah pelapik leher disempurnakan.. |
Sekian, tutorial ringkas daripada saya.. Insya Allah di lain entri saya akan hidangkan tutorial menyempurnakan pelapik leher.. Rajin-rajinlah bertandang kepondok saya ni yer..
Zarinah Saat
018-2315547
018-2204258 (WhatsApp sahaja)
No comments:
Post a Comment