Thursday 25 June 2015

Butang bungkus

Pada mula-mula mencipta nama Tudung Samarinda, saya mcm terpikir why not kalau kita letakkan butang bungkus ni kat bahagian hadapan tudung tu.. so that bila kita pakai tudung tu nampak butang sederet kat depan.. ye lah kan.. selalunya butang bungkus ni orang selalu letak dibahagian lengan dan belakang baju..

Awalannya, saya berulang alik ke kedai cina untuk buat butang bungkus nih.. harga untuk 1 butang bergantung kepada saiz.. semakin besar saiz butang tu, semakin mahal harganya.. boleh mencecah sehingga ke 60 -70 sen sebiji.. macam saya, saya hanya guna saiz yang kedua kecil.. diameter butang lebih kurang dalam 1 cm.. sebiji butang untuk saiz tu, harganya dalam 20-30 sen sebiji..

Dek kerana permintaan Tudung Samarinda yang berbutang bungkus ni mendapat sambutan yang boleh dikatakan hangat (cewahhh..), saya pun mengambil inisiatif untuk memiliki mesen butang bungkus sendiri..

Saya beli dengan harga RM550.00 termasuk ibu mesen butang, 4-5 mould (dah lupa.. sebab hanya guna 1 saiz jer..) dan refill casing 50 pcs untuk setiap mould tuh.. perasaan masa tu punya lah happy.. mana lah taknya.. semua kos pun saya dapat jimatkan.. 

Sehingga sekarang pun saya masih menggunakan mesen butang bungkus tu.. Selain kegunaan sendiri, saya juga ada open order untuk sesiapa yang nak buat butang bungkus, tapi malas nak kluar rumah.. Harga? Insya Allah puas hati.. Kalau ada yang berminat, boleh lah hubungi saya di 018-2204 258 (Zarinah)..

Sebelum mengakhiri entri kali ini, saya belanja cara buat butang bungkus kat ulos2 semua..

No comments: