Assalam kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik semua.. jumpa lagi kita semua.. dalam menyibukkan diri dengan menjalani ibadah di bulan ramadhan ni, selain dari membantu suami berniaga dan menjahit tempahan.. saya juga tidak lupa untuk memantau pembelajaran anak-anak..
Setiap malam selepas berbuka puasa dan solat maghrib, saya akan simply pick which one yang nak kena diajar malam tu.. haa... selalunya yang berperangai nakal yang kena.. Nasiblah samada abang atau adik..
Selama ni, saya hantar mereka ke kelas tuisyen di Putra Heights (Teacher Yoges).. Alhamdulillah.. sejak mereka tuisyen, memang ada banyak improvement.. Pada awal tuisyen, anak pertama saya score A dalam bahasa english which is saya tak pernah expect that high.. Buat pertama kali air mata bangga membasahi di segenap pipi seorang mama yang tak pernah harapkan apa-apa daripada anak-anak nya.. (touching hoh..)
Itu pada awalnya..
Tapi lama-kelamaan, mereka seakan hilang minat dan tidak fokus pada pelajaran.. Pergi ke kelas tuisyen pun sampai sanggup bergaduh.. Dari situ lah, pelajaran mereka merosot.. Minat belajar seolah hilang dari minda.. Tiada apa lagi yang saya boleh usahakan.. Sehinggalah...
Saya mengambil keputusan untuk mengajar sendiri anak-anak saya.. Sama ada suka atau pun tidak, itu sudah pasti.. Langkah permulaan, saya kenal pasti dimana kelemahan mereka.. Bacaan atau pun pemahaman.. Untuk matematik, saya perlu kaji dimana kesusahan mereka.. penambahan, penolakan, darab atau pun bahagi.. Hurmmm.. Nampak gayanya macam semua jer yang nak kena polish balik..
Tak per.. Kita mula balik yer anak-anak semua.. Insya Allah, kalau kita berusaha pasti ada hasilnya..
Akhir kata.. Jom belajar sifir 9.. sifir paling mudah untuk direkodkan..
No comments:
Post a Comment