Assalamualaikum semua.. selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan.. kakak-kakak dan adik-adik.. tengah buat apa yer.. tengah pikir nak berbuka puasa dengan apa yer.. ok.. apa pun yang anda smua makan nanti, pasti kan ianya adalah halal dan yang paling penting kebersihan perlu diutamakan.. lebih elok kalau kita sendiri yang siapkan juadah berbuka tu nanti.. puas hati dan lebih jimat.. yang mana-mana tengah free tu, jom sama-sama layan cara mencantum tudung berlayer..
Tudung yang saya tengah bikin ni adalah tudung 2 layer.. tak kira berapa layer pun tudung yang anda buat, kaedah mencantum antara layer-layer tu adalah sama..
Caranya.. selepas potong kain mengikut pola.. guntingkan sedikit atau snip pada bucu lipatan kain.. perlu diingat yer.. hanya sedikit sahaja.. bukan apa.. kalau terlebih-lebih nanti, basi untuk cantuman awning tudung akan jadi terkurang.. dah tak cantik pulak nanti..
Selepas memotong semua layer yang dikehendaki, boleh lah dicantum kan kesemua layer itu tadi mengikut kesan guntingan yang telah dibuat... pastikan semuanya berada pada satu garisan bucu tajam yer.. dengan kaedah ini, insya Allah layer2 anda akan jadi sama dan balance..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment