Monday 3 August 2015

Full Cap Awning Chiffon

Hai ladies.. Assalamualaikum semua.. Setakat 18 Syawal ni mesti dah anda semua dah banyak attend open house kan.. hurmm... best nya dapat makan macam-macam kan.. sedap-sedap lak semua tuh.. wow.. bisa membuat air liur menitik ni..

Ada kesempatan hari ni saya nak share cara saya buat full cap awning dengan menggunakan kain chiffon.. jom kita gali..

Mula-mula, macam biasa lah kan.. sediakan barang.. apa yang kita perlukan ialah : perca chiffon dan kain tefetta secukupnya (kalau tefetta tak ada, boleh juga guna thai silk sebagai kain lapik dalam), bakrum ikot saiz pola awning, pensel penanda/kapur..

Cara-caranya :

1) Gosok kain tefetta, lipat kepada 2 bahagian dan gosok lagi sekali sampai
garisan tengah jelas kelihatan.. gosok juga kain chiffon supaya nampak kemas dan
senang untuk dijahit dan dicantum..


2) Buka kain tefetta dan letakkan kain chiffon diatas garisan tengah tefetta.. jahit lurus sampai hujung.. jarakkan dalam 1/2" jahitan daripada garisan tengah..


3) Terbalikkan kain chiffon dan gosok untuk kemasan terutamanya pada bahagian garisan tengah..







4) Dalam keadaan kain chiffon dibawah, letakkan bakrum (awning) ke atas kain tefetta.. pastikan garisan panjang bakrum diletakkan sama pada garisan tengah tefetta tadi yer.. gosok sampai bakrum betul-betul melekat pada kain..





5) Lipatkan kain chiffon pada kedudukan seperti dalam gambar.. dah teruskan menggosok untuk kemasan maksimum pada line tengah..







6) Trim lebihan kain dalam 1" daripada garisan bakrum.. jahit lurus pada lengkungan barum.. pastikan kain chiffon ditarik sedikit semasa menjahit supaya regangan diatas awning sekatadan tidak berkedut..

7) Trim lagi lebihan kain.. jangan sampai ter trim pada jahitan yer..

8) Tandakan titik tengah awning


9) Full cap awning chiffon telah ready untuk dicantum pada body tudung..

Ok semua.. selamat memanfaatkan ilmu yer.. sharing is caring..

Zarinah Saat
(018-2204 258)

No comments: