Assalamualaikum kesayangan hamba semua.. hari ini saya nak cerita pasal mesin jahit coverstich atau pun mesen kelim tepi t-shirt.. mesin jahit ni selalu nya saya gunakan pada fabrik lycra dan cotton lycra.. untuk kemasan pada lipatan bawah jubah/dress.. juga pada lipatan leher baju.. Kerja-kerja mengelim pada jubah/dress akan jadi lebih mudah, cepat dan senang kalau kita menggunakan mesin coverstich nih.. Apa taknya.. kelim ikot lebar yang dikehendaki, dan terus jahit.. tak perlu nak kemaskan dengan mesen jahit tepi biasa dan kemudian kelim.. ambil masa juga kan..
Harga anggaran mesin jahit ni dalam RM4,000-00 lebih untuk jenis industri dan jenama.. Untuk mesin portable pula, anggaran harga bermula dari RM1,500-00.. untuk yang menggunakan jahitan coverstich ni pada tahap minimal, saya cadangkan mesin portable sahaja..
Ni contoh mesin jahit coverstich jenis portable, jenama marrylock.. saya beli pada 3-4 tahun yang lepas pada harga RM1,650-00.. Mesin coverstich ni biasanya didatangkan dengan 3 jarum.. tapi saya hanya menggunakan 2 jarum untuk kemasan tepi tudung, inner neck dan jubah/dress.. memang tak pernah menghampakan..
Sesiapa yang berhajat untuk memiliki mesin coverstich ni, boleh hubungi saya juga.. saya boleh cadangkan kedai sama yang saya beli mesin ni...
No comments:
Post a Comment