Tuesday, 14 July 2015

Mudahnya membuat kain susun tepi


Salam 29 Ramadhan.. dok kita berpuasa, tak sangka kan kita dah ke penghujung Ramadhan.. rasa sayang nk tinggalkan bulan mulia ni.. mudah-mudahan ada kesempatan untuk Ramadhan tahun depan dan yang akan datang.. insya Allah..

Ok, kali ni saya nak share cara saya buat kain susun tepi a.k.a kain baju kurung..  pada kakak-kakak dan adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang jahitan ni, boleh lah cuba yer.. 


1) Sediakan barang-barang dan peralatan yang diperlukan :-
    (Kain mengikut ukuran lebar dan labuh yang telah siap dijahit tepi (ukuran mestilak termasuk basi kain   
    untuk getah pinggang 1 1/2" dan kelim bawah kain 1/2"), zip 8", getah kain, hook/cangkuk kain, gunting,
    benang)

2) Cantum kedua belah kain dan jahit lurus dalam jarak 1" sampai ke penghujung kain. Mulakan jahitan 
     pada inci ke 11.. (basi 1 1/2" +  1 1/2" + zip 8"). Selepas itu jahit kelim 1/2" pada bahagian bawah kain.

3) Terbalikan kain dan tandakan 3 tempat di atas dan bawah kain.. bermula dari sambungan kain.. setiap
     ukuran 6".. pastikan cantumkan setiap tanda pada atas dan bawah kain.. ianya akan jadi 3 lipatan..
     pinkan ketiga-tiga lipatan tu sekali.. kemaskan lipatan tadi dengan pin.. nak letak pin berapa banyak pun
     tak per.. pastikan cantuman lipatan kain ini tidak menjejaskan ukuran punggung..takut nanti sempit tang
     punggung..

4)  Cantumkan kemasa lipatan tadi ke belahan kain yang tidak dijahit.. pinkan juga yer.. supaya nanti proses
     cantuman zip, kain tak lari 100 meter.. susurkan zip pada belahan.. pastikan besi kecil pada hujung zip itu
     melepasi belahan hujung dan tandakan.. ini bertujuan supaya mata jarum tidak terkena besi kecil semasa
     menjahit nanti. Pinkan zip dan mula menjahit.. seelok-eloknya, gunakan tapak zip yer biar nampak
     kemas dn rapi.. ulang jahit 2 kali pada bahagian bawah besi kecil zip untuk menguatkan jahitan supaya
     lipatan kain tadi jadi lebih kemas dan jahitan tidak mudah renggang.

5) Dalam kiraan basi kain pada sebelah atas, letakkan getah.. matikan jahitan pada awal getah dan jahit
     sampai hujung dan matikan jahitan juga.. setelah siap, tarik-tarikkan pinggang kain yang telah diletakkan
     getah tadi supaya kedutan getah menjadi sama rata..

6) Jahit lurus pada bahagian tengah getah pinggang tadi dengan menggunakan mata jahitan yang kasa sedikit
    daripada biasa.. tarik getah semasa menjahit yer.. ini pula  bertujuan supaya getah pinggang tadi tidak
     beralih arah atau pun berpintal-pintal apabila dipakai atau dibasuh dengan mesen basuh nanti.. selepas tu,
     boleh lah dijahitkan hook/cangkuk pada pinggang kain yang telah digetahkan tadi..


Ini lah hasilnya.. mudah kan..semudah 123456.. selamat mencuba..

Zarinah Saat
(018-2204 258)

No comments: