Tuesday, 7 July 2015

Logo VS Label

Hi semua.. Assalamualaikum kakak2, adik2 semua.. jumpa lagi dalam pondok saya.. kali ni saya nk cerita pasal logo dan juga label.. kenapa nak kena ada logo? kenapa nak kena ada label?.. jawapannya harus.. bukan wajib yer tapi harus.. harus ada.. sebab dengan meletakkan label, orang dah boleh tau yang sesuatu produk tu adalah kita punya.. senang orang nak cam.. dah tak konpius lagi dah.. nak-nak lagi trend orang sekarang ni letakkan label kat belah luar tudung.. dari jauh orang dah tau kan tu tudung keluaran siapa.. tak payah nak belek2 lagi kat belah dalam tudung..


Kejadian logo dan label ni juga perlulah seragam dengan produk yer.. penggunaan tulisan dan imej pada logo dan label memainkan peranan dalam pemasaran.. contohnya, kalau kita menjual pakaian dewasa, jangan pula logo dan label tu ada imej kartun yer.. takmo takmo.. memang tak sesuai dek...

Label pula ada banyak jenis.. samada ianya printed label, iron on, woven/sulam atau pun metal, semua fungsinya sama.. hanya harga yang membezakan antara label-label tu.. Contoh atas tu adalah printed label.. Sesiapa yang bminat nak buat label macam saya, boleh lah contact saya nanti yer..018-2204258 (Zarinah Saat).. Ok sahaja untuk kali ini.. nanti kita cerita lagi..

No comments: