Haloo.. Assalamualaikum.. semalam tak ada update pun kat blog.. sedang sibuk menggukur kain untuk tempahan tudung yang belum surut-surut.. macam mana nak surut kalau warna kain yang dihajatkan customer tak ada dalam simpanan peribadi atau pun kat tempat lain.. yang tak ada stok tu, kita KIV dulu lah yer.. kena tunggu sampai stok warna tu ada..
Biasanya saya akan mendapatkan bekalan kain di gedung kain Jakel, Shah Alam.. untuk kain chiffon plain, lycra dan lycra cotton, saya lebih suka membeli di Jakel.. banyak pilihan warna yang boleh merambangkan biji mata kita.. untuk chiffon printed pula saya suka ke Kamdar, IOI Mall Puchong.. memang banyak pilihan chiffon printed untuk budang 45" di Kamdar.. harga pun boleh dikatakan berbaloi-baloi.. Nagoya juga tidak kurang stok kainnya.. pilihan di tangan anda..
Berbelanja di Jakel, kita perlu tahu dengan siapa kita membeli.. macam saya, saya lebih suka berurusan dengan pekerja melayu berbanding dengan pakistani.. pernah sekali deal dengan supervisor pakistan.. ya ampun.. harga yang dia offer memang jauh lebih mahal daripada harga yang biasa saya dapat.. seeloknya, kita stick pada seorang pekerja jer.. senang nak berurusan.. harga pun tidak turun naik..
Untuk tudung berlayer, saya menggunakan kain jenis chiffon georgette dan chiffon versis cerutti.. Insya Allah kain fabrik nya lembut dan tidak kejung.. jatuh elok jer.. (masuk trolly sorong sendiri..)..
Saya juga ada open order untuk pembelian chiffon.. siapa yang berminat nak dapatkan harga special untuk fabrik chiffon nih, boleh whats up saya yer.. nanti saya bagi katalog warna dan harga untuk rujukan.. 018-2204258 (Zarinah Saat).. Ok sudah untuk entri kali ini yer..
No comments:
Post a Comment