Assalamualaikum semua.. lama sungguh tak menjenguk pondok teman nih.. naseb tak berkulat ek.. heheheh.. Kebetulan membantu satu hamba Allah untuk menghasilkan jahitan baby seam pada hujung shawl, saya pun ambil kesempatan untuk update blog ni sekali..
Kemasan jahitan baby seam ni sekarang ni memang tengah top.. berbanding kemasan dengan jahit tepi halus, pemakai sekarang lebih suka memakai shawl dengan jahitan baby seam nih.. nampak lebih exclusive gitu..
Harga upah untuk kemasan baby seam ini bergantung kepada tailor itu sendiri.. Tailor akan ambil upah sekitar RM3.00 hingga RM5.00 untuk shawl sepanjang 1.8 meter hingga 2 meter.. bergantung juga pada tempahan pukal ataupun bukan..
Kebanyakan daripada kita memang ada masalah kekemasan pada bucu shawl kan.. kadang-kadang sampai stress dibuatnya.. belom lagi stress nak tetas jahitan bagai kan..
Ok, untuk entri kali ini, saya nak tunjukkan cara kemasan jahitan baby seam pada hujung atau pun bucu shawl..Perlu saya bagi tahu, saya ini bukan lah pakar.. hanya sekadar berkongsi dengan anda-anda semua.. ingat yer.. practise make perfect...
Pada anda yang sudi menyinggah pondok saya ni, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.. hanya ada sedikit ilmu untuk dihidangkan.. semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua..
No comments:
Post a Comment