Monday, 29 June 2015

Benang jahit

Assalamualaikum semua..

Selalunya kalau kita tanya apa bahan utama untuk masak itu, masak ini kan.. tapi dalam jahitan, selain fabrik dan gunting, bahan utamanya adalah benang.. kalau nak sebut satu-satu pasal jenama benang ni, memang tak tersebut lah.. banyak sangat.. antaranya ialah rinata, senorita, gold fish, nona, cap kerbau, chain dan banyak lagi lah.. penggunaan benang dalam jahitan saya tidak terhad pada satu jenama.. bergantung kepada persamaan warna.. kalau dapat gold fish, gold fish lah.. kalau cari-cari kaler jumpa jenama senorita, pun balun juga.. asalkan padan dengan warna fabrik..

Biasanya untuk jahitan biasa saya lebih menggunakan jenama gold fish, nona dan senorita.. manakala untuk jahitan manik, saya lebih suka guna benang cap kerbau.. tebal dan tahan lasak.. menjahit pearl di fabrik memerlukan ikatan benang yang kukuh untuk mengekalkan kedudukan pearl.. nak-nak lagik kalau dapat pearl bersaiz 8-10mm kan..

Nak kata saya cerewet dalam pemilihan jenama benang, tidak lah sangat.. asalkan jahitan lancar, tidak sangkut atau mudah putus, dah cukup memadai pada saya.. harga setiap jenama juga berbeza-beza tau.. mengikut kawasan atau kedai.. sebagai contoh benang jahit jenama senorita, saya beli di kedai yang terdapat dalam pasaraya giant berharga RM1.00.. tapi di kawasan lain berharga 80 sen.. untuk jenama gold fish, nona dan deer biasanya saya beli dengan harga 60 sen sebiji..



Ada sesiapa yang nak dapatkan koleksi benang dari saya?.. jom dapatkan 50 biji benang dengan harga RM30.00 sahaja.. Sekian untuk kali ini..

2 comments:

Unknown said...

ada ke lagi benang ni?

zarinah saat said...

salam cik zainon.. maaf lambat reply.. benang masih ada.. boleh wassap sy juga yer
018-2204 258