Thursday, 29 October 2015
Jom mempola kain/skirt 6 panel
Dalam kekalutan pemindahan ni, alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mengikuti beberapa kelas jahitan.. yang dibuat oleh seorang hamba Allah yang boleh saya anggap sebagai mentor.. Sifu Gan Alma Daud.. banyak ilmu, tips dan skill yang saya perolehi daripada dia.. sesungguhnya dia adalah seorang insan yang penuh dengan sifat rendah diri dan suka memberi ilmu.. terserah pada kita untuk bagaimana menerima setiap ilmu tersebut..
Ok.. dah siap promote pasal sifu saya tadi kan.. now kita come back to the point..
Dikesempatan ini, saya nak belanja cara mudah nak buat pola kain/skirt 6 panel.. patern kain yang tengah top meletop sekarang ni kan.. orang cakap tengah musim.. nak dijadikan cerita, sebelum ini, saya membuat kain/skirt 6 panel ini dengan teknik gigi buaya..ternyata cara mempola ini adalah cara yang paling mudah dan pantas..jom mentelaah caranya..
Selamat mencuba semua..
Tuesday, 6 October 2015
Kemasan jahitan baby seam pada hujung shawl
Thursday, 27 August 2015
Melakar pola tangan
Assalamualaikum.. semoga ceria di hujung bulan yer.. taknak sedih sedu tau..
Hari tu saya ada bagi cara nak melakar pola badan kan.. ok, hari ni saya belanja cara nak melakar pola tangan pula..
Take a look yer semua.. bye..
Wednesday, 26 August 2015
Blouse untuk si manja
Assalamualaikum semua.. lama tak jenguk blog ni.. rindu terasa rindu.. hari ni ada kesempatan sikit, boleh lah saya update entri..
Kali ni nak story pasal blouse untuk si manja lak.. budak-budak kalau dipakai kan blouse, memang comel.. geram nengok nya kan.. alkisah suatu hari yang blur, maka terhasil lah blouse dari kain cotton ni..
Kalau dalam pasaran baju kanak-kanak yang dibuat daripada fabrik cotton ni, range harga memang tak boleh nk tahan.. setakat anak seorang, ok lagi.. kalau dh gugurl sampai 4-5 orang.. hurmm.. pikir 2 kali nak membelinya..
Patern baju ni, saya folow patern yang tengah viral sekarang ni.. saya namakan 'blouse tangan congek".. heheh.. nama asal, saya tak pasti.. bahagian belakang saya belah dalam 4" dan finishing dengan butang ketip.. kemasan leher pakai piping dari kain yang sama..
Potongan badan standard.. ukuran tangan yang tercongek tu saya ambil kelebaran sebanyak 2.5", panjang sebanyak 8" dan kedutan 7" (ukuran bersih)..
Lepas lah setakat nk menanyang masa balik kampung.. kalau nk beli pon mau sampai rm40.00.. nak-nak lagi yang ada jenama..
Ok semua.. Sekian untuk kali ini.. selamat membaca.. siapa yang ada kesempatan, jom try buat blouse tangan congek ni untuk si manja anda..
Thursday, 13 August 2015
Blouse Cik Gayah
Assalamualaikum.. alhamdulillah ketemu lagi kita semua dalam blog yang serba kekurangan ni kan.. harapan untuk kalian agar semuanya sihat sejahtera dan bahagia..
Hari ni takda tutorial mahupun tips dari saya.. tapi saya nk belanja blouse custome made dari pondok jahitan saya.. hihihi.. dashat tak.. dalam pondok ada mesen jahit bagai tau.. bukan sebarang pondok ni.. diam tak diam dah keluar blouse..
Blouse ni saya bagi nama Blouse Cik Gayah.. entah kenapa ek saya bagi nama gitu.. spontan lak keluar dari benak pikiran ni.. tak pelah.. apa-apa nama pun tak kisah kan.. asalkan sedap mata memandang, sedap lagi badan memakai.. cewah.. macam kena jer..
Blouse ni saya buat standard saiz.. tapi boleh pakai sampai saiz L.. dengan cutting yang longgar dan potongan tangan yang terbelah dihujung membuatkan si pemakai nampak sopan dan elegant.. perghh.. nak-nak lagi kalau pakai satu set dengan songket sarawak kan.. memang ke langit lah.. tapi perlu diingat yer.. blouse ni adalah daripada material chiffon georgette dan bersifat agak transparent.. so, untuk mengelakkan fitnah dan yang seumpamanya, pemakaian inner adalah diwajibkan..
Ok.. boh2 lah dok bober nya (bahasa kelantan).. Jom kita layan gambar blouse cik gayah ni.. Siapa2 yang nak saya jahitkan blouse cik gayah ni, boleh lah contact saya.. yang mana pemalu tu, boleh je nak wasap.. anda juga boleh dapatkan koleksi songket sarawak daripada Puan Hamidah Burham (016-3385790)..
Zarinah Saat
(018-2204258)
Tuesday, 11 August 2015
Cara melakar pola badan
Assalamualaikum semua.. lama jugak tak update blog ni.. almaklumlah.. sedikit sibuk dengan urusan keluarga..
Ok, hari ni saya nk belanja kakak-kakak dan adik-adik semua cara saya melakar pola untuk badan.. kesempatan lain sy belanja cara melakar pola tangan pula yer..
Berikut adalah ukuran badan:
Bahu (B) : 16"/2=8"
Ketiak (K) : 18/2=9"
Bahu ke dada (BP) : 15"
Dada (DD) : 42"/4=10.5"
Pinggang (P) : 40"/4=10"
Punggung (PU) : 50"/4=12.5"
Labuh dres/baju : 30"
Selamat melakar pola semua..
Tuesday, 4 August 2015
Kejadian Tudung Samarinda
Untuk hari ni saya nak bercerita tentang kejadian Tudung Samarinda.. Tak ada apa yang menarik pun pasal tudung ni.. biasa-biasa sahaja.. mempunyai 2 layer.. dengan fabrik chiffon yang sama (versis cerutti).. full cap awning dan juga deretan butang bungkus bersaiz comel dihadapan tudung..
Originally nya Tudung Samarinda ini ialah dengan menggunakan layer yang sama warna dan padanan full cap awning dengan butang bungkus.. dan kemudiannya diolah mengikut citarasa pemakai yang lebih menggemarkan 2 ton warna..
Untuk kelainan, pada aksesori hadapan tudung, saya telah menggantikan deretan butang bungkus dengan manik pearl dimana saya dan pemakai lebih mengenali tudung ini sebagai Tudung Samarinda Lipan..
Dan kali ini, untuk tampil sedikit berbeza saya memberikan perincian batu tampal dmc diatas butang yang dibalut dengan chiffon plain.. maka jadi lah ia sebagai Tudung Samarinda Diamond.. Ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu saiz M dan juga L.. Tak kira lah apa jua nama pada tudung ini, yang pastinya akan memberikan anda keselesaan bertudung.. belum cuba, memanglah tak tahu kan.. hehehe..
Berikut adalah butiran untuk Tudung Samarinda ini :-
1) Saiz M : Labuh dari muka +-13" (ukuran muka 12")
Harga : RM40-00
2) Saiz L : Labuh dari muka +-15" (ukuran muka 12")
Harga : RM48-00
![]() |
| Tudung Samarinda Diamond |
![]() |
| Tudung Samarinda Lipan |
![]() | ||
| Tudung Samarinda (Original/Basic) |
![]() |
| Tudung Samarinda 2 Tone |
Untuk anda yang berminat dengan Tudung Samarinda ni, anda boleh lah menghubungi saya, Zarinah Saat (018-2204 258).. Saya juga ada membuka tempahan untuk borong..
Terima kasih..



