Assalamualaikum semua.. Salam isnin yer. Jangan moody2 di pagi hari.. Kalau nak moody, sekejap2 jer.. Jangan lama-lama, tak elok untuk kesihatan tau..
Ingat tak entri sebelum ni tentang kain duyung.. Selepas saya publish entri tu, saya dapat satu tempahan daripada seorang adik comel.. duduk berhampiran jer dengan rumah saya.. tak sangka, dia menyinggah baca ke blog saya yang serba kekurangan ni.. adik comel tu minta saya jahitkan kain duyung pada songket sarawak dia.. Walaupun songket sarawak ni tengah menjadi fenomena pada masa sekarang, tapi inilah kali pertama saya menyentuh fabrik songket ni.. Struktur kain yang halus dan lembut macam cotton.. ditambah pula dengan cetakan emas pada fabrik.. wah.. memang wow.. terus saya jatuh cinta pada songket sarawak ni..
Dek kerana teruja, saya pun apa lagi.. capai gunting, potong.. zup zap zup zap.. terus jer jahit kain songket sarawak ni.. dan... hasilnya... memang like 88 kali.. (8=nombor bertuah untuk kaum cina)..
Sesiapa yang nak dapatkan fabrik songket sarawak ni, boleh lah menghubungi Puan Hamidah Burham di 016-3385790.. Insya Allah harga mampu milik.. Nak saya jahitkan? boleh jer.. hubungi saya juga yer..
2 comments:
Kak..kalau nk tmpah jahit kain yg mcm kt atas tu,mcm mn nk hubungi akak??
maaf yer.. lambat reply.. boleh wassap akk 018-2204258 terima kasih..
Post a Comment